Tuan Guru Halim bin Hamit merupakan seorang pendidik silat yang bergiat aktif di Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal dari Cikgu Yazid seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Gelanggang Cheras Baru. beliau kemudiannya diasuh pula oleh Allahyarham Pendeta Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN, Guru Utama PSGFM. Beliau mula berkhidmat sebagai pendidik silat sejak tahun 1993 dan masih aktif menyampaikan amanat gurunya kepada yang berkehendak sehingga kini.
Kini beliau juga berkhidmat sebagai seorang pensyarah silat di Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan (ASWARA) dan jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) ke Sukan Malaysia (SUKMA).
Allah suka orang yang berusaha (Halim, 2020).
Emil Bahari dan Halim Hamit (2023). Pesan Hulubalang: Membongkar Rahsia Falsafah Kepahlawanan Melayu Generasi kini. Sintok: UUM Press.
ISBN: 978-967-0031-55-1
Sijil Penghargaan yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 2021 semasa Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 di Putrajaya.