Kelab Cikgu Halim

Misi

Kelab silat unggul, berbudi, berakhlak, berbudaya, berketrampilan.

Visi

Sejarah

Segalanya bermula pada tahun 2009, apabila Cikgu Halim Hamit dan sekumnpulan anak muridnya berbincang untuk memilih nama kumpulan bagi semua gelanggang di bawah kelolaan Cikgu Halim untuk menyertai sebuah pertandingan silat seni peringkat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM).  Seorang murid telah mencadangkan agar diberikan nama KCH atau Kelab Cikgu Halim dan dipersetujui oleh semua yang berada di situ.  KCH juga adalah singkatan kepada KeCoH (kecoh) yang menggambarkan ahlinya yang sentiasa bersemangat dan sangat ceria.


KCH terkenal dengan penampilan unik mereka dengan berkain samping ikat pancung dan tengkolok Belah Mumbang Songsang dari kain batik berwarna hijau dan hitam.


KCH yang ditubuhkan dari suka-suka kepada sebuah pertubuhan berdaftar yang menjalankan perkhidmatan pendidikan silat secara serius melalui Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002 di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Kedah.  KCH telah mengembangkan sayapnya ke luar negara seperti France, Germany, Austria, Singapore dan India.


Pendaftarannya telahdisahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 September 2015 dengan nama Kelab Silat Cikgu Halim (KCH) dengan melantik Cikgu Halim Hamit sebagai Pengerusi dan Guru Utamanya yang pertama.

Logo

Susuk tubuh Cikgu Halim Hamit bermaksud Cikgu Halim Hamit adalah tonggak utama KCH.  Beliau yang dalam sikap pasang melambangkan kelab ini adalah sebuah kelab silat dan selalu bersedia menghadapi cabaran mendatang.  Hitam melambangkan kematangan dan keluhuran manakala putih melambangkan kesucian hati dan pekerti ahlinya.  KCH adalah singkatan nama kelab dan tulisan Kelab Cikgu Halim adalah nama kelab ini.

Bendera

Logo KCH membawa maksud seperti di atas.  Dua garis selari di belakang logo bermaksud Islam dan silat mestilah seiringan.  Luaskan Empayar Kita adalah moto KCH.

Moto

"Luaskan Empayar Kita"

Moto ini bermaksud memegang dan melaksanakan amanah Allahyarham Pendeta Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN, Pendeta dan Guru Utama PSGFM iaitu mengembangkan Seni gayung Fatani seluas-luasnya di mana-mana sahaja yang menerimanya.

Lagu Rasmi KCH

Tajuk: Perjuangan

Penyanyi: PB ft Trio KCH.

Lirik: Pelirik Bebas (PB).

Lagu: Pelirik Bebas (PB).

Copyright: PB, MACP, SCStudio & Entertaiment, KCH

Disiarkan pada 3 Julai 2021.

*Klik tajuk untuk menontot video klip lagu rasmi KCH.

Studio KCH

Studio KCH terletak di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.  Studio ini dibangunkan bersama Cikgu Halim Hamit dengan anak-anak muridnya dari dalam dan luar negara.  Studio ini boleh menampung sehingga 30 orang dalam satu sesi latihan.

Cawangan dalam Malaysia

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Selangor

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Negeri Sembilan

Terengganu

Johor

Melaka

Kedah

Sabah

Sarawak

Cawangan Luar Negara

France

Germany

Austria

Netherlands

Switzerland

Singapore

India