Sah Hudin Ideris, MSc Pyschology,
GMBPsS Member of British Psychology Scociety | Singapore Pyschology Society.
KCH Singapura, 16/5/2025
Sah Hudin Ideris, MSc Pyschology,
GMBPsS Member of British Psychology Scociety | Singapore Pyschology Society.
KCH Singapura, 16/5/2025
Sempena Hari Guru di Malaysia semalam, saya ingin berkongsikan sedikit pencerahan...
Silat dan Psikologi Anak Melayu: Mewarisi Gerak, Membina Jiwa.
Silat bukan sekadar warisan budaya, ia adalah latihan mental dan emosi yang terbukti berkesan dari perspektif psikologi perkembangan.
Dan siapa yang memainkan peranan utama dalam membentuk jiwa ini? Guru. Tok Guru. Pendekar ilmu dan budi.
🧠 Menurut Bandura (1977), anak-anak belajar melalui observational learning dimana mereka meniru gerak, adab dan semangat dari guru silat dan rakan seperguruan. Inilah bagaimana nilai seperti sabar, berani, dan beradab dipelajari, bukan sekadar diajar.
📚 Vygotsky (1978) pula menekankan peranan budaya dan interaksi sosial dalam perkembangan kognitif. Silat menyediakan scaffolding iaitu bimbingan secara berperingkat dari guru (tok guru) untuk anak membina kemahiran, disiplin dan pemikiran strategik.
💪 Apa impaknya?
Anak belajar mengawal emosi ketika ditekan (self-regulation)
Keyakinan diri meningkat bila mereka menguasai gerak dan faham asal usul budaya
Hormat pada guru dan rakan jadi asas kepada empathy dan emotional intelligence
Latihan jatuh dan bangun dalam silat membentuk resilience atau dalam erti kata lainnya, daya tahan yang sangat penting dalam dunia hari ini
Silat bukan untuk berkelahi. Ia seni membentuk jati diri.
Dalam dunia moden yang kian menekan jiwa anak muda, silat kembali jadi jawapan, bukan hanya untuk pertahanan fizikal, tapi ketahanan mental.
Dan hari ini, kita angkat tangan, tunduk hormat kepada semua guru, termasuk guru silat yang tanpa lelah mencorak generasi bangsa.
Teruskan menyinar.
Aku anak Gayong Fatani.
Murid Cikgu Halim.
#LuaskanEmpayarKita #KelabCikguHalim #KCH #Psikologi #PsikologiAnak #GayungFataniAliranCikguAnuar #selamathariguru2025