PENDAFTARAN KEAHLIAN
PENDAFTARAN KEAHLIAN
Keahlian Pusat Sumber adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan IPGKSM. Permohonan boleh dibuat secara terus ke Pusat Sumber . Keahlian perpustakaan melayakkan anda untuk menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber.
PINJAMAN BAHAN
Semua ahli yang berdaftar adalah layak untuk meminjam bahan perpustakaan. Buku boleh dipinjam di Kaunter Sirkulasi mengikut polisi yang ditetapkan. Ahli boleh meminjam sebanyak 5 buah buku selama 2 minggu.
PEMULANGAN BAHAN & DENDA
Buku perlu dikembalikan di Kaunter Sirkulasi apabila tarikh peminjaman sudah tamat. Denda akan dikenakan bagi buku yang lewat dipulangkan atau hilang. Sehari lewat akan dikenakan denda sebanyak RM 0.20 sehari manakala buku yang hilang akan dikenakan bayaran mengikut 2 kali ganda harga buku tersebut dan rm 20.00 untuk proses.
PEMBAHARUAN BAHAN
Pembaharuan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi dengan syarat bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna yang lain. Pengguna hanya dibenarkan membuat pembaharuan sebanyak 2 kali sahaja. Pengguna boleh datang ke kaunter atau melalui telefon untuk pembaharuan bahan.
PERTANYAAN RUJUKAN
Perkhidmatan yang disediakan bagi membantu para pengguna yang mempunyai pertanyaan berkaitan keperluan maklumat mereka. Sebarang pertanyaan rujukan boleh dirujuk di Kaunter Rujukan.
AHAD - RABU - 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
KHAMIS - 8.30 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
JUMAAT DAN SABTU - TUTUP
7.30 - 8.30 PAGI ( WAKTU PENYELENGGARAAN)