muallim | jurnal penyelidikan

garis panduan

muallim: jurnal penyelidikan

Muallim: Jurnal Penyelidikan (ISSN: 2229-8991) merupakan sebuah jurnal berwasit berbahasa Malaysia yang dinilai secara double-blind. Jurnal ini diterbitkan secara tahunan iaitu pada bulan Oktober setiap tahun. Jurnal ini juga menerbitkan artikel berbentuk empirikal atau penyelidikan berimpak bagi memperkayakan cara berfikir dan amalan dalam memastikan kelestarian pendidikan. Oleh demikian, jurnal ini merupakan salah satu platform terbaik bagi membolehkan pertukaran pengetahuan dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, perancang, dan pengamal yang prihatin dengan perkembangan dunia pendidikan termasuk dari aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Visi jurnal ini adalah untuk menyumbang kepada pihak bekepentingan dalam pendidikan melalui penerbitan hasil-hasil penyelidikan terkini baru serta mempunyai standard kualiti yang baik. 


Muallim: Jurnal Penyelidikan (ISSN: 2229-8991) is a refereed journal in Malaysian language that is evaluated in a double-blind manner. This journal is published annually, which is in October every year. This journal also publishes articles in the form of empirical or impactful research to enrich the way of thinking and practice in ensuring the sustainability of education. Therefore, this journal is one of the best platforms to enable the exchange of knowledge among academics, researchers, planners, and practitioners who are concerned with the development of the world of education including the aspects of educational management and administration. The vision of this journal is to contribute to the stakeholders in education through the latest research publication as well as have a good quality standard. 


Skop Muallim: Jurnal Penyelidikan 

(a) Pengurusan pendidikan; 

(b) Psikologi pendidikan 

(c) Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan; 

(d) Inovasi dalam pengurusan pendidikan;

 (e) Pembangunan lestari dalam pendidikan 

(f) Pengurusan teknologi dalam pendidikan 

(g) Transformasi dan teknologi dalam pendidikan 


Team Editor 

Ketua Editor 

Dr. Suhaili binti Mohd Yusoff 

Lembaga Editorial 

Dr. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff (IPGKSM)

Dr. Fan Siong Peng 

Dr. Rosmawati binti Mohamed (IPGKSM) 

Dr. Hazram bin Ismail (IPGKSM) 

Dr. Hanita binti Mohd Yusoff 

Dr. Siti Fatihah binti Osman 


Garis panduan kepada penulis: 

1. Manuskrip boleh diserahkan untuk diterbitkan pada bila-bila masa sebelum 30 Jun pada setiap tahun (Penerbitan adalah pada bulan Oktober sahaja) 

2. Semua penyerahan mestilah melalui platform ini yang disediakan. 

3. Semua manuskrip mesti ditaip dalam Microsoft Word dan satu jarak. Margin hendaklah ditetapkan pada Normal (2.54cm) dan saiz kertas pada A4 (21 x 29.7cm). 

4. Setiap manuskrip mesti mempunyai abstrak dengan sekurang-kurangnya 5 kata kunci. Manuskrip dalam Bahasa Melayu mesti mempunyai abstrak dalam bahasa Inggeris dengan kandungan abstrak yang serupa. 

5. Penulis dikehendaki mematuhi Garis Panduan Rujukan (Gaya APA 7th) jika mahu manuskrip dipertimbangkan untuk diterbitkan. 

6. Untuk memudahkan proses semakan blind, sila pastikan bahawa nama anda tidak muncul di mana-mana dalam manuskrip atau dalam nama fail dan ia harus berada dalam dokumen yang berasingan. (Nama penuh, alamat e-mel dan nama institusi) 

7. Lembaga Editorial tidak akan menyunting manuskrip yang dihantar untuk gaya atau bahasa, Oleh itu, penulis perlu menyemak manuskrip untuk ketepatan bahasa sebelum diserahkan kepada jurnal. 

8. Sila pastikan bahawa manuskrip yang dihantar untuk pertimbangan penerbitan dalam Muallim: Jurnal Penyelidikan mestilah tidak dalam pertimbangan untuk diterbitkan di tempat lain sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak. 

9. Penulis juga perlu melakukan proses semakan plagiat iaitu tidak lebih daripada 30% (peratus similarities)