KOLEKSI

KOLEKSI AM

Menempatkan buku-buku akses terbuka dalam pelbagai bidang perkara dan ianya boleh dipinjam oleh para pensyarah dan para pelajar. 

KOLEKSI RUJUKAN

Terdiri daripada bahan rujukan seperti kamus, ensaiklopedia, buku tahunan, atlas, almanak dan sebagainya. Bahan ini hanya untuk rujukan sahaja tetapi sekiranya perlu dipinjam, perlu memberitahu kepada staf pusat sumber terlebih dahulu. 

KOLEKSI NOVEL

Menempatkan buku novel bahasa Melayu dan Inggeris untuk memenuhi keperluan bacaan rekreasi dan hiburan para pengguna. 

KOLEKSI BUKU TEKS

Terdapat banyak pilihan buku teks bermula daripada Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Buku-buku ini boleh dipinjam oleh para pengguna.

KOLEKSI PINJAMAN BERKELOMPOK

Buku-buku pinjaman kelompok yang telah dipinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia. Keberadaan tajuk-tajuk buku ini hanya sekitar 6-12 bulan sahaja, kemudian akan diganti dengan tajuk buku yang lain pula.

KOLEKSI REDSPOT

Merupakan buku-buku yang mempunyai nilai yang mahal. Buku redspot hanya boleh dirujuk di dalam bilik RedSpot sahaja dan tidak dibenarkan untuk peminjaman. Para pelajar dan pensyarah hendaklah mengisi borang dahulu di kaunter sebelum masuk ke bilik RedSpot


KOLEKSI MIZANIS

Koleksi bahan yang diterbitkan oleh IPGKSM. Terdiri daripada laporan tahunan, majalah, buletin, jurnal dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan IPG Kampus Sultan Mizan. Koleksi Mizanis berada di bilik RedSpot.

KOLEKSI JURNAL

Merupakan jurnal keluaran perlbagai terbitan. Koleksi ini ditempatkan di bilik RedSpot dan disusun mengikut jenis bahan. Pengguna perlu berurusan di kaunter bilik RedSpot untuk merujuk bahan ini. 

KOLEKSI KHAS

KOLEKSI THESIS

Merupakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan bukan akademik IPGKSM serta tesis para pelajar. Koleksi ini hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja dan pengguna dilarang membuat salinan. Koleksi ini ditempatkan di Bilik RedSpot. 

KOLEKSI BAHAN BERSIRI

Koleksi Terbitan Bersiri adalah terbitan secara berkala dalam pelbagai bidang umum yang diterbitkan oleh IPGK dan IPGM. Terdiri daripada majalah, jurnal, laporan tahunan, buletin dan sebagainya. 

KOLEKSI AUDIO VISUAL

Merupakan koleksi yang merangkumi bahan multimedia seperti CD, carta dan sebagainya. Pengguna perlu berurusan dengan staf di kaunter untuk menggunakan bahan ini. Bahan ini ditempatkan di dalam Bilik RedSpot. 

KOLEKSI PELBAGAI BAHASA

KOLEKSI REDSPOT

Merupakan koleksi buku dari pelbagai jenis bahasa seperti Arab, Jepun, Mandarin dan sebagainya. Buku-buku ini ditempatkna di Bilik RedSpot.


KOLEKSI BACAAN

KANAK-KANAK

KOLEKSI KANAK-KANAK

Menempatkan bahan bacaan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen 

KOLEKSI BUKU BAHARU

KOLEKSI  BUKU BAHARU

Koleksi buku terbaharu akan diletakkan di rak pameran supaya para pengguna mengetahui dan menyedari kehadiran/kewujudan buku-buku tersebut di perpustakaan. 

KATALOG DIGITAL INFO BUKU