muallim | jurnal penyelidikan

ETIKA PENERBITAN

MUALLIM: JURNAL PENYELIDIKAN

Garis panduan dan etika kepada penulis: 

1. Manuskrip boleh diserahkan untuk diterbitkan pada bila-bila masa sebelum 30 Jun pada setiap tahun (Penerbitan adalah pada bulan Oktober sahaja) 

2. Semua penyerahan mestilah melalui platform ini yang disediakan. 

3. Semua manuskrip mesti ditaip dalam Microsoft Word dan satu jarak. Margin hendaklah ditetapkan pada Normal (2.54cm) dan saiz kertas pada A4 (21 x 29.7cm). 

4. Setiap manuskrip mesti mempunyai abstrak dengan sekurang-kurangnya 5 kata kunci. Manuskrip dalam Bahasa Melayu mesti mempunyai abstrak dalam bahasa Inggeris dengan kandungan abstrak yang serupa. 

5. Penulis dikehendaki mematuhi Garis Panduan Rujukan (Gaya APA 7th) jika mahu manuskrip dipertimbangkan untuk diterbitkan. 

6. Untuk memudahkan proses semakan blind, sila pastikan bahawa nama anda tidak muncul di mana-mana dalam manuskrip atau dalam nama fail dan ia harus berada dalam dokumen yang berasingan. (Nama penuh, alamat e-mel dan nama institusi) 

7. Lembaga Editorial tidak akan menyunting manuskrip yang dihantar untuk gaya atau bahasa, Oleh itu, penulis perlu menyemak manuskrip untuk ketepatan bahasa sebelum diserahkan kepada jurnal. 

8. Sila pastikan bahawa manuskrip yang dihantar untuk pertimbangan penerbitan dalam Muallim: Jurnal Penyelidikan mestilah tidak dalam pertimbangan untuk diterbitkan di tempat lain sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak. 

9. Penulis juga perlu melakukan proses semakan plagiat iaitu indeks kesamaan tidak melebihi daripada 30%. 

10. Sekiranya pihak editor mendapati terdapat kesamaan antara manuskrip yang akan diterbitkan dengan bahan lain yang sudah diterbitkan, maka secara automatik, manuskrip yang dihantar kepada pihak editor akan terbatal dan tidak akan diproses untuk dinilai.