Metafora Analogi Luqman (MAL)
MAL ialah akronim untuk Metafora dan Analogi Luqman.
Nama ini diambil kerana Luqman ialah tokoh dalam Al-Quran yang banyak menggunakan metafora dan analogi untuk menyatakan sesuatu dan beliau sangat terkenal dengan kebijaksanaannya hingga digelar sebagai Luqman Al-Hakim.
Kata-kata nasihat beliau sebagai ayah sangat terkenal dengan ungkapan yang jelas dan tajam, selain menggunakan metafora dan analogi.
Berdasarkan rajah di atas, metafora dan analogi dapat dibahagikan kepada empat kategori.
Konkrit kepada abstrak
Abstrak kepada konkrit
Konkrit kepada konkrit
Abstrak kepada abstrak
Dalam pengajaran bahasa umpamanya, elemen KOMSAS banyak menggunakan gaya bahasa metafora dan analogi, tetapi murid kurang memahami asas pembentukan frasa tersebut hingga ke peringkat memberi makna yang tepat.
Selain itu, dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu juga banyak menggunakan gaya bahasa di atas yang perlu dikuasai oleh murid.
Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan di atas, hasilkan metafora dan analogi bagi mana-mana perkataan yang dapat anda lihat dan fikirkan.