Logik Khidir (LOK)
LOK ialah akronim untuk Logik Khidir. Dalam surah Al-Kahfi, ayat 60 - 82 menceritakan bagaimana Nabi Musa menuntut ilmu dengan Nabi Khidir.
Tindakan yang dilakukan oleh Nabi Khidir dalam perjalanan mereka itu adalah sesuatu yang tidak logik sehingga “menewaskan kesabaran” Nabi Musa yang menjadi syarat peristiwa menuntut ilmu itu iaitu:
Membocor perahu
Membunuh seorang budak
Mendirikan dinding sebuah rumah
ABC 6: LOK ialah kita menerima tindakan yang tidak logik itu dengan mencari logik yang tersembunyi daripada tindakan tersebut.
Oleh itu, kita mencari justifikasi atau kewajaran tindakan yang tidak logik atau peristiwa atau fenomena yang tidak logik itu.
Guru-guru boleh menyediakan pernyataan yang tidak logik kemudian membuat provokasi dengan meletakkan LOK? pada akhir akhir pernyataan.
Secara berkumpulan, anda dikehendaki memberikan pernyataan logik dengan justifikasi seperti jadual di bawah.