Strategi Al-Fateh (SAF)
SAF ialah akronim untuk Strategi Al-Fateh. Idea kejayaan Sultan Al-Fateh menakluki Konstantinopel adalah idea yang paling kreatif, tidak masuk akal dan “paling gila”.
Setelah pelbagai usaha yang dilakukan untuk menawan Konstantinopel tidak berjaya, akhirnya tercetus idea untuk menarik 70 kapal “belayar” merentasi bukit Galata iaitu dari selat Bosporus ke selat Golden Horn dengan jarak 4.8 kilometer. Semua berlaku dalam satu malam sahaja!
Sejarah terlakar apabila kejayaan memindahkan kapal di daratan pada malam 22 April 1453 itu.
ABC 5: SAF ialah berfikir sesuatu yang berlawanan daripada kebiasaan.
Ciri-ciri lain dapatlah dikatakan berfikir secara lawan jam atau menongkah arus atau berfikir mencabar kebiasaan.
Rajah ABC 5: SAF di bawah menunjukkan bahawa anak panah DARI KANAN KE KIRI dinamakan sebagai Strategi Al-Fateh.
Secara berkumpulan, anda dikehendaki mencadangkan beberapa cara atau kaedah SAF selain daripada cara biasa yang dilakukan seperti situasa di bawah.
Cara biasa:
Menyimpan barang di dalam kotak
Cara biasa:
Menghubungi seseorang dengan menggunakan telefon
Cara biasa:
Menahan rasa sejuk dengan baju tebal dan sarung tangan
Cara biasa:
Menulis dengan menggunakan pen atau pensel