Teka-teki Al-Ghazali (TAG)
TAG ialah akronim untuk Teka-teki Al-Ghazali.
Teknik ini adalah berdasarkan teka-teki Al-Ghazali seperti mana sesi dialog dengan anak-anak muridnya.
Murid akan menyasarkan jawapan tersurat dan jawapan tersirat di sebalik teka teki tersebut.
Murid-murid akan dilatih untuk menjangkaui jawapan di luar imaginasi mereka.
Soalan Al-Ghazali kepada anak-anak muridnya tentang soalan:
Apakah benda yang paling jauh? (Jawapan sasaran: masa yang kita tinggalkan)
Apakah benda yang paling dekat? (Jawapan sasaraan: kematian)
Apakah benda yang paling ringan? (Jawapan sasaran: meninggalkan solat)
Apakah benda yang paling berat? (Jawapan sasaran: amanah yang kita pegang)
Apakah benda yang paling besar? (Jawapan sasaran: nafsu)
Apakah benda yang paling tajam? (Jawapan sasaran: lidah manusia)
Soalan teka teki: Apakah yang manusia paling takut?
Jawapan tersurat (hantu, guru disiplin, ayah, tempat tinggi dll.
Jawapan tersirat (Takut kepada kegagalan)
Bukti apabila gagal kita seperti dihina, diejek, dimarahi dll.
Iktibar: Kita sepatutnya berani menerima kegagalan kerana kita dapat belajar daripada kegagalan.