Strategi Mendaki Bukit (SMB)
SMB ialah akronim untuk Soalan Mendaki Bukit.
Soalan-soalan yang dihasilkan adalah berdasarkan aras Taksonomi Bloom yang biasa digunakan untuk membina sesuatu instrumen.
Kemahiran yang sangat sesuai ialah kemahiran bertutur dan mendengar, dan aras-aras tersebut sebagai idea kepada guru untuk menanyakan soalan yang bermula daripada soalan yang mudah menjadi soalan yang sukar.
Murid-murid kalau diajar tentang aras dan bagaimana hendak menghasilkan soalan berdasarkan aras untuk meningkatkan kemahiran menyoal berdasarkan soalan ini juga akan meningkatkan kemahiran lisan mereka.
Selain itu, aktiviti kemahiran menulis juga boleh diaplikasikan dengan meminta murid dalam kumpulan menghasilkan soalan-soalan mendaki bukit.
Dengan ini, guru juga dapat melatih murid-murid mesra dengan soalan KBAT malah menghasilkan soalan KBAT.
Daripada "botol air" hasilkan soalan SMB. Berikut ialah soalan-soalan tersebut:
Apakah nama benda ini? (aras mengingat)
Kenapa benda ini diperlukan? (aras memahami)
Bagaimanakah cara minum air yang sopan? (aras mengaplikasi)
Apakah perbezaan botol plastik dengan botol kaca? (aras menganalisis)
Penggunaan botol sebagai bekas minuman tidaklah relevan lagi. Berikan justifikasi anda. (aras menilai)
(i) Cadangkan cara untuk menghasilkan air jika dunia dilanda kemarau yang teruk secara berterusan dalam tempoh yang lama.
(ii) Cadangkan penggunaan lain untuk botol selain digunakan sebagai bekas
minuman. (aras mencipta)
Berdasarkan gambar-gambar di bawah, secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan soalan-soalan SMB untuk ditanya kepada kawan-kawan anda.
Buku
Rumah
Guru
Kapal terbang