Perutusan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Perutusan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Malaysia Madani dan salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, berhasil mewujudkan Galeri Malaysia Madani Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS).
IPG Kampus Sarawak komited mendukung nilai-nilai dalam Teras MALAYSIA MADANI selaras dengan amanat YAB Perdana Menteri untuk meningkatkan martabat guru sebagai agen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan. Hal ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat unggul untuk mencapai kesejahteraan melalui pembangunan dan keseimbangan yang holistik dan optimum merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Justeru itu, Galeri ini diwujudkan sempena meraikan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI serta mempamerkan aktiviti dan kejayaan IPG Kampus Sarawak yang selari dengan Rukun MADANI dan Karamah Insaniah.
Semoga Galeri Madani ini dapat membakar semangat warga IPG Kampus Sarawak agar bergerak kehadapan sebagai pemangkin membentuk pewaris negara yang beradab, berakhlak dan berintegriti.
Sekian.
#IpgksFightForTheBest
Marni bin Golong
Pengarah IPG Kampus Sarawak
Tarikh: 10 Mei 2026
MIRI, 9 Mei 2026 – Siswa dan siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) diingatkan bahawa mereka memikul tanggungjawab besar sebagai penerus agenda pendidikan negara dalam membentuk generasi masa hadapan yang berkualiti.
YB Fadhlina Sidek menegaskan bahawa guru bukan sekadar pendidik di bilik darjah, sebaliknya merupakan agen perubahan yang akan menterjemah aspirasi pendidikan negara di peringkat pelaksanaan apabila tamat pengajian kelak.
“Jika kita inginkan perubahan dalam pendidikan, ia perlu bermula dengan keberanian untuk berubah dan kesungguhan di bilik darjah,” katanya.
Dalam sesi tersebut, beberapa tokoh pendidik turut diketengahkan sebagai contoh kejayaan guru yang membawa impak besar kepada murid, termasuk guru-guru di kawasan luar bandar yang berjaya mengangkat prestasi pelajar melalui komitmen dan dedikasi tinggi.
Beliau turut menzahirkan harapan agar siswa-siswi IPG di seluruh negara akan menjadi penyuluh generasi dan membawa obor pendidikan dengan penuh iltizam serta tanggungjawab.
Sesi berkenaan turut memberi ruang kepada perkongsian pengalaman daripada tokoh pendidikan yang telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan, sekali gus memberi inspirasi kepada bakal guru untuk menghadapi realiti sebenar profesion perguruan.
Sumber:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. (2026, Mei 10). KPM tekankan peranan siswa IPG sebagai pencorak generasi masa hadapan. https://jpnsarawak.moe.gov.my/makluman/berita-semasa/kpm-tekankan-peranan-siswa-ipg-sebagai-pencorak-generasi-masa-hadapan