ANUGERAH PREMIER KATEGORI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
Anugerah Kualiti Institusi Pendidikan MADANI (AKIPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh di Hotel Everly, Putrajaya pada 30 Oktober 2024.
Pengurusan berkualiti merupakan aspek penting dalam memastikan kesejahteraan pelajar dan kemajuan institusi pendidikan. Majlis penganugerahan ini diadakan bagi memberi pengiktirafan atas usaha yang telah dilakukan oleh institusi pendidikan untuk mencapai objektif tersebut.
Dalam majlis tersebut, IPGM Kampus Sarawak telah berjaya mendapat Anugerah Premier diantara 3 finalis akhir yang juga terdiri daripada IPGM Kampus Bahasa Melayu dan IPGM Kampus Gaya.
Pengurusan kepimpinan institusi pendidikan dinilai berdasarkan kecemerlangan program, pengurusan organisasi, kepimpinan dan prosedur penyampaian perkhidmatan yang dijalankan oleh jabatan KPM.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga IPGM Kampus Sarawak.
"IPGMKS, FIGHT FOR THE BEST!!"
MIRI: Sejumlah 12 Sekolah Kebangsaan (SK) Zon Baram melibatkan 130 murid, 22 guru dan 12 pensyarah menyertai Program Jalinan Mesra Peribumi pada 18 hingga 21 Jun lalu.
Penyelaras program Dr Magdeline Nor berkata, ia merupakan cetusan idea Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGMK) Kampus Sarawak sejak 2016 dan kali ini ditaja Sarawak Energy Berhad (SEB)
"Pelaksanaan Program Jalinan Mesra Peribumi ini merupakan salah satu program untuk membantu murid di pedalaman dalam usaha menarik minat serta memantapkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran teras," katanya.
Untuk rekod, ia satu program anjakan paradigma dalam pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman atau luar bandar Sarawak selaras dengan peranan IPGMK Sarawak sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Sarawak.
"Program ini memberi tumpuan kepada murid-murid untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik serta ceramah motivasi bagi murid-murid di pedalaman Sarawak," jelasnya.
Selain itu, perkongsian strategi pedagogi, amalan terbaik, Pentaksiran Bilik (PBD) dan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) kepada guru dan bual bicara pendidikan untuk PIBG dan masyarakat setempat.
Semua ceramah disampaikan pensyarah IPGMK Sarawak agar murid-murid di pedalaman ini juga mendapat kesamarataan akses pendidikan berkualiti seperti rakan-rakan mereka di bandar.
"Ini selaras dengan hasrat IPGMK Sarawak sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Sarawak untuk menyumbangkan kepakaran akademik dan membantu pembangunan pendidikan, khasnya di kawasan pedalaman Sarawak," ujarnya.
Program ini juga selaras dengan anjakan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Hal ini penting agar penggunaan sarana ibu bapa dapat menyokong pembelajaran murid.
"Kerjasama yang terjalin antara IPGMK Sarawak dengan Pejabat Pendidkan Daerah (PPD) dan SEB juga penting dalam perkongsian idea dan kepakaran pensyarah untuk pendidikan di kawasan pedalaman ini," katanya.
Justeru, penglibatan semua pihak dalam program ini akan dapat mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran murid di kawasan pedalaman.
Oleh itu, program ini akan membantu pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman khususnya murid-murid peribumi yang masih ketinggalan berbanding murid-murid di kawasan bandar.
Dalam perkembangan sama, tahun ini pihak IPGMK Sarawak menyelaras Program Jalinan Mesra Peribumi dengan penubuhan Sekolah Pengajaran atau Teaching School.
Pensyarah IPGMK Sarawak menggunakan peluang ini untuk berkongsi amalan pedagogi terbaik, iaitu pengalaman dan kemahiran dengan guru-guru sekolah dan mengaplikasikan serta menguji segala teori/inovasi pengajaran dan pembelajaran terkini.
"Guru juga berkongsi pengalaman sebenar mereka sebagai pendidik yang bertugas di pedalaman manakala murid pula berpeluang merasai suasana pembelajaran yang berbeza daripada sekolah mereka," ujarnya.
Majlis penutupan telah dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Baram Matthew Laing Ngau.
MIRI: A team from Institut Pendidikan Guru Kampus Miri (IPGKS) came up with a visually stunning mural that blends Sarawak’s cultural diversity with the story of Curtin Malaysia’s journey over the last 15 years.
For their outstanding effort the team won Curtin University Malaysia’s mural painting competition held in conjunction with its 25th anniversary and inaugural Borneo International Art Festival (BIFA).
The winning team, led by Muhammad Hanif Aris and guided by Dr Bell Su’ut, Head of the Department of Visual Arts at IPGKS, left an indelible mark with their intricate and innovative design.
The mural, now a permanent and prominent fixture on a wall at Curtin Malaysia’s Library Auditorium Complex, celebrates the spirit of Sarawak and the university’s legacy.
“This mural beautifully captures the essence of Sarawak’s heritage and Curtin Malaysia’s role in driving excellence in education and community engagement for the past 25 years,” said Associate Professor Fidella Tiew.
The mural was unveiled by Datu Dr. Rashidah Haji Bolhassan, Special Administrative Officer at the Ministry for Tourism, Creative Industry and Performing Arts representing the Minister and Miri Mayor Adam Yii.
The winning team was awarded a cash prize of RM3,000 in recognition of their achievement and the honour of leaving a lasting legacy at Curtin Malaysia.