Perutusan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Perutusan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Malaysia Madani dan salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, berhasil mewujudkan Galeri Malaysia Madani Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS).
IPG Kampus Sarawak komited mendukung nilai-nilai dalam Teras MALAYSIA MADANI selaras dengan amanat YAB Perdana Menteri untuk meningkatkan martabat guru sebagai agen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan. Hal ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat unggul untuk mencapai kesejahteraan melalui pembangunan dan keseimbangan yang holistik dan optimum merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Â
Justeru itu, Galeri ini diwujudkan sempena meraikan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI serta mempamerkan aktiviti dan kejayaan IPG Kampus Sarawak yang selari dengan Rukun MADANI dan Karamah Insaniah.
Semoga Galeri Madani ini dapat membakar semangat warga IPG Kampus Sarawak agar bergerak kehadapan sebagai pemangkin membentuk pewaris negara yang beradab, berakhlak dan berintegriti.
Sekian.
#IpgksFightForTheBest
Marni bin Golong
Pengarah IPG Kampus Sarawak