PENGENALAN
Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.
Gagasan Malaysia Madani pada asalnya diterbitkan dalam sebuah buku yang dilancarkan pada 2 Oktober 2022 di Hotel Dorsett Subang, kira-kira sebulan sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dasar Malaysia Madani sebagai dasar negara pula dilancarkan pada 19 Januari 2023 bersamaan 26 Jamadilakhir 1444H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
DEFINISI
MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambilkira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.