Tarikh: 14 Jun 2025
MIRI, 14 Jun: Pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) digesa memainkan peranan aktif sebagai ejen perubahan dalam mendidik generasi muda mengenai kelestarian alam sekitar dan perubahan iklim.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, guru bukan sekadar menyampaikan kurikulum, malah menjadi pencetus nilai kelestarian melalui pendekatan gaya hidup lestari dan aktiviti komuniti.
“Sebagai guru, anda bukan hanya penyampai ilmu, tetapi juga pemacu kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Ini boleh dicapai menerusi projek luar bilik darjah, aktiviti komuniti dan gaya hidup mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar anjuran bersama IPGKS dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di sini, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited memperkukuh agenda kelestarian menerusi pelbagai dasar dan inisiatif.
Tambahnya, ia termasuk Ordinan Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2023, Dasar Perubahan Iklim Sarawak, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti hidroelektrik, solar dan biojisim serta pemuliharaan hutan dan kawasan paya bakau melalui pendekatan karbon biru.
“Sarawak kini menuju ke arah negeri karbon rendah dengan pendekatan berasaskan sains, inovatif dan inklusif. Matlamat kita adalah untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan menjadi peneraju ekonomi hijau serantau,” ujarnya.
Sebagai bukti komitmen katanya, kerajaan memperuntukkan RM30.7 juta pada tahun lalu untuk penubuhan Kelab PALS (Program Alam Sekitar Lestari Sarawak) di semua sekolah dengan sasaran 100 peratus penyertaan sekolah menjelang tahun hadapan.
Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperluas jaringan pendidikan alam sekitar dalam kalangan bakal pendidik sebagai langkah awal memperkukuh kesedaran iklim di peringkat akar umbi.-TVS
Tarikh: 1 Ogos 2025
SARIKEI, 1 Ogos: Rasa cinta terhadap tanah kelahiran mendorong seorang pensyarah muda mencipta logo bertemakan identiti Sarikei, dan kini hasil tangannya diangkat sebagai wajah rasmi Pesta Sarikei 2025.
Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi, 33, yang berasal dari Sarikei dan kini bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, berjaya menewaskan lebih 100 peserta lain dengan rekaan logo bertajuk “Daerah Nanas, Bersatu Dalam Budaya, Kaya Dengan Warisan”.
“Logo ini bukan sekadar hasil rekaan grafik. Ia datang dari hati iaitu satu luahan rasa cinta terhadap kampung halaman saya yang banyak membentuk siapa saya hari ini,” katanya dengan penuh emosi.
Logo berkenaan menggabungkan elemen buah nanas sebagai simbol ekonomi dan identiti utama Sarikei, bersama corak budaya dan warisan tempatan yang melambangkan kesatuan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.
Khairullah mengakui beliau sudah lama memasang impian untuk menyumbang sesuatu kepada Sarikei. Apabila pertandingan logo itu diumumkan, beliau tidak menunggu lama untuk merebut peluang tersebut.
“Bagi saya, ini bukan soal menang atau kalah. Saya mahu anak Sarikei rasa bangga, dan pengunjung luar mengenali daerah kita dengan lebih dekat,” katanya.
Sebagai ganjaran, beliau menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan penghormatan apabila logo ciptaannya digunakan sepenuhnya dalam promosi dan pelaksanaan Pesta Sarikei 2025 yang akan berlangsung dari 25 Julai hingga 3 Ogos.
Festival sembilan hari itu bakal menghimpunkan pelbagai acara menarik termasuk persembahan budaya, konsert, pameran agensi, bengkel keusahawanan dan jualan tempatan menjadikan Sarikei sebagai tumpuan pelancongan serta pusat kegiatan komuniti yang rancak. -TVS
Tarikh: 2 Ogos 2025
SARIKEI: Seorang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) memenangi Pertandingan Mencipta Logo Pesta Sarikei 2025, mengetepikan sebanyak 128 penyertaan lain dari seluruh negara.
Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi, 33, memperkenalkan konsep logo bertemakan ‘Daerah Nanas, Bersatu Dalam Budaya, Kaya Dengan Warisan’, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan menjadikan rekaan beliau sebagai logo rasmi pesta berkenaan.
Anak jati Sarikei itu kini bertugas di Jabatan Pendidikan Seni Visual IPGKS sejak tahun lalu, selepas lebih sedekad berkhidmat di luar daerah dan negeri sejak 2009.
Menurut Khairullah, penyertaannya dalam pertandingan itu bukan sekadar untuk bersaing secara kreatif, sebaliknya sebagai platform untuk menyumbang kepada tanah kelahirannya yang sentiasa dekat di hati.
“Saya melihat pertandingan ini sebagai ruang untuk menzahirkan rasa cinta terhadap Sarikei. Walaupun sudah lama bertugas di luar, saya sentiasa mencari peluang untuk menyumbang sesuatu kepada tempat asal saya,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambah beliau, pemilihan nanas sebagai elemen utama dalam reka bentuk logo ialah simbolik kepada kekuatan ekonomi tempatan serta identiti dan kebanggaan masyarakat Sarikei.
Khairullah berkata, logo tersebut dihasilkan dengan penuh penghayatan agar ia bukan sahaja memberi identiti visual kepada festival berkenaan, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin untuk memartabatkan nama Sarikei di persada lebih tinggi.
Logo ciptaan beliau digunakan sepanjang Pesta Sarikei 2025, bermula 25 Julai hingga 3 Ogos.
Tarikh: 7 Sep 2025
KUCHING (Sept 7): The RoboNova-X team from the Institute of Teacher Education (IPG) Sarawak Campus in Miri has brought pride to Sarawak and Malaysia by emerging champions in the RoboMission Senior Category at the World Robot Olympiad (WRO) Europe Open Championship 2025 in Slovenia.
According to a Sarawak Public Communications Unit report, the RoboNova-X team comprising Grace Tan Hong Hui, Audrey Kong Siau Jing, and Elaine Wong Nga Hui outperformed 28 international teams in their category to secure first place.
The team was guided by Tesslab Robotics and lecturers Dr Hu Laey Nee and Dr Norsarihan Ahmad.
The report highlighted that the team’s performance was distinguished by precision, teamwork, and innovation.
“This victory reflects Sarawak’s growing role in robotics and Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education, in line with efforts by the State Ministry of Education, Innovation and Talent Development to nurture young talent and promote technological advancement.
“RoboNova-X’s achievement also serves as an inspiration to Malaysia’s younger generation to pursue excellence in science, technology and innovation,” the report said.
The competition, held in Ljubljana from Sept 2-5, brought together 210 teams from 45 countries, involving nearly 1,500 participants from countries including Germany, Switzerland, Hungary, Turkey, Taiwan, South Korea, United States, United Kingdom, Ghana, Croatia, Romania, and Malaysia. - Borneo Post Online
Tarikh: 22 Sep 2025
SLOVENIA, 22 Sept: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) Miri mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila Pasukan RoboNova-X IPGKS Miri dinobatkan sebagai Juara Kategori RoboMission Senior dalam World Robot Olympiad (WRO) Open Championship Europe 2025.
Melalui kenyataan yang dikongsikan oleh IPGKS Miri, pertandingan berprestij ini berlangsung dari 2 hingga 5 September di Ljubljana, Slovenia.
Ia menghimpunkan sebanyak 210 pasukan dari 45 buah negara dengan hampir 1,500 peserta termasuk dari Jerman, Switzerland, Korea, Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki, Taiwan, Ghana dan banyak lagi.
Dengan tema “The Future of Robots”, kejohanan ini menjadi pentas penting untuk generasi muda mempamerkan bakat dalam bidang teknologi, inovasi dan penyelesaian masalah.
Pasukan Malaysia diketuai oleh Pengarah IPGKS Dr Noraini Omar, serta siswi guru iaitu Grace Tan Hong Hui, Audrey Kong Siau Jing dan Elaine Wong Nga Hui.
Mereka yang dibimbing oleh Pensyarah Robotik, Dr. Hu Laey Nee dan Dr.Norsarihan Ahmad telah berjaya menewaskan 28 pasukan antarabangsa lain, sekali gus mengangkat nama Sarawak dan Malaysia ke tahap tertinggi di pentas dunia.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan Sarawak dalam memperkukuh bidang robotik dan pendidikan STEM, hasil usaha berterusan IPGM dan SASBADI Learning Solutions Sdn Bhd dalam melahirkan bakat muda yang berdaya saing global. – TVS
Tarikh: 23 Sep 2025
MANILA: Malaysia once again made history on the international stage when two teams from the Sarawak Teacher Education Institute (IPGKS) Miri emerged champions and third place in the Future Engineers category at the 2025 World Robot Olympiad (WRO) Asia-Pacific level held in Manila, Philippines from 19 to 21 September.
Themed ‘The Future of Robots’, the prestigious tournament brought together 108 teams from 22 countries with nearly 1,000 participants including from Japan, Korea, Taiwan, Germany, Turkey, the United States, India and Singapore.
Malaysia’s success was contributed by the X-UNITECH team which won the championship title, while the NOVATECH team finished in third place.
Both teams consisted of six IPGKS Miri trainee teachers, namely Vun Xiu Xuan, Alvin Kong Wei Ee, Jennissa Aing Jim, Lai Chaun Choy, Adam Syahmi Mohd Syahrizal and Muhammad Hakim Khairul Azam, with the guidance of Dr. Hu Laey Nee and Dr. Norsarihan Ahmad as well as coaches from Tesslab Robotics.
This victory marks another addition to IPG Sarawak team’s outstanding record, who also won the Robomission Senior category in Slovenia on September 5.
According to the organisers, this tournament not only tested technological and robotics engineering skills, but also served as a platform for young students to foster innovation, problem-solving skills and teamwork.
This achievement proves Sarawak's ability in strengthening Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education and technological innovation, in line with the efforts of the Sarawak Ministry for Education, Innovation and Talent Development in supporting robotics education in the state. -UKASnews
Tarikh: 23 Sep 2025
MIRI, 23 Sept: Kejayaan pasukan RoboNova-X dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) Miri di pentas antarabangsa bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi kenangan manis buat para pelajarnya yang bekerja keras sepanjang tahun untuk mencapai kejayaan tersebut.
Pelajar IPGKS Miri, Vun Xiu Xuan, 22, meluahkan rasa syukur dan kegembiraan selepas pasukannya dinobatkan sebagai juara dalam World Robot Olympiad (WRO) Open Championship Europe 2025.
“Kami berasa amat gembira dan bersyukur kerana pertandingan berjalan dengan lancar, dan kami berjaya membawa pulang anugerah ini. Persiapan telah dibuat sejak awal tahun, dengan latihan intensif tanpa mengira masa sehinggalah ke pertandingan di Manila,” katanya ketika ditemui TVS di Lapangan Terbang Miri, hari ini.
Menurutnya lagi, pasukan kini memberi fokus penuh kepada cabaran seterusnya, iaitu WRO Final 2025 yang akan berlangsung di Singapura pada bulan November.
“Harapan kami adalah untuk sekali lagi membawa nama Sarawak dan Malaysia ke pentas dunia dalam kejohanan akhir di Singapura nanti,” ujarnya.
Sementara itu, rakan sepasukan, Muhammad Hakim Khairul Azam, 19, turut menyatakan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian bersejarah itu.
“Saya sangat gembira dan bersyukur, tidak menyangka dapat mara sejauh ini serta berpeluang mengharumkan nama Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Insya-Allah, kami akan terus berusaha mengangkat nama Sarawak dan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.
Pasukan RoboNova-X kini dalam fasa persiapan rapi menjelang WRO Final 2025 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 November di Singapura. -TVS
Tarikh: 21 Okt 2025
MIRI: Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan kali ketiga (3rd International Conference on Educational Research and Innovation – iCERI2025) yang bertemakan “Educational Creativity and Innovation: From Global Research to Local Impact” membuka tirainya pada Selasa.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II (Pembangunan Bakat), Datuk Francis Harden Hollis yang hadir mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.
Program anjuran Injuran Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), serta disokong oleh Business Events Sarawak (BES) dan Hotel Meritz berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober 2025.
Ia menghimpunkan lebih 1,400 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk 119 pembentangan kertas kerja, 192 pasukan inovasi dan 32 pasukan robotik, melibatkan pelajar, pendidik, penyelidik serta pembuat dasar dari pelbagai latar belakang.
Dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Datuk Francis Harden, Dato Sri Roland Sagah menekankan peranan iCERI sebagai platform dinamik yang menghubungkan teori dengan amalan pendidikan sebenar, serta menjadikan hasil penyelidikan global dapat diterjemahkan kepada impak nyata di peringkat tempatan.
“Kreativiti dan inovasi bukan lagi pilihan tetapi keperluan dalam dunia pendidikan masa kini. Yang lebih penting, hasil penyelidikan mesti diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat,” ujar beliau.
Beliau turut berkongsi inisiatif Program Peningkatan Pendidikan Sarawak (SEEP) yang memberi tumpuan kepada pembinaan sistem pendidikan inklusif dan berdaya saing.
Antara sasaran utama ialah meningkatkan enrolmen pelajar dalam bidang STEM kepada 60 peratus menjelang 2030 dan memperluas Program Dwi Bahasa Sarawak (DLP) ke peringkat menengah bermula tahun 2026, satu langkah yang diyakini akan memperkukuh penguasaan sains, matematik dan kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, beliau menyeru agar budaya inovasi disemai sejak di bangku sekolah, dengan memberi ruang kepada pelajar mempersembahkan idea dan projek mereka.
“Inovasi tidak harus terbatas di universiti atau kementerian semata-mata, tetapi mesti menjadi budaya pembelajaran yang hidup di sekolah,” tambahnya.
Persidangan tiga hari ini menampilkan penceramah utama antarabangsa dari United Kingdom, Thailand, Vietnam, Filipina dan Malaysia yang akan membincangkan pelbagai topik seperti trend pendidikan global, pedagogi inovatif dan integrasi teknologi dalam pembelajaran.-EDISI UKAS