IPGK Sarawak Showcase "Together We Learn, Together We Grow” Tahun 2023 :
21-22 September 2023
Program Showcase 2023 IPG Kampus Sarawak pada kali ini bertemakan ‘Together We Learn, Together We Grow’. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Dato Sebastian Ting Chiew Yew.
Program dua hari ini merupakan platform bagi para pelajar mempamer dan membentangkan produk pembelajaran, keberhasilan serta kejayaan pencapaian sepanjang pengajian di IPGK Sarawak dengan bahan-bahan pembelajaran yang dipamerkan berfokus kepada inovasi dan teknologi terkini.
Pada majlis sama, Pertandingan Mini Innovation turut diadakan dengan Kumpulan 360° Art menjadi johan dengan hasil produk mereka iaitu Art AR.