Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi KPM (KonPPI-3) 2023
HAB GAYA TULIS
Aiza binti Abdol Razak
Rohana binti Jalani
Mariana binti Mazland
Nurzamriah Atiqah binti Zamri
Norani binti Abd Rahim
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
E-mel : aiza@ipgkik.edu.my @ gayatuli@ipgkik.edu.my
ABSTRAK
Hab Gaya Tulis merupakan pusat setempat yang menyediakan templat dokumen rasmi seperti surat rasmi, memo, minit curai dan minit bebas di dalam satu aplikasi khusus. Inovasi Hab Gaya Tulis ini dibangunkan bagi menyelesaikan permasalahan dalam proses penyediaan dokumen rasmi yang dinyatakan itu sebelum ditandatangan oleh Pengurusan Tertinggi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Rutin di Pejabat Pengarah, kumpulan inovator ini akan menerima sekurang-kurangnya 10 surat, memo dan minit curai daripada pelbagai jabatan untuk ditandatangi Pengarah atau Timbalan Pengarah. Permasalahan utama ialah semua dokumen tersebut mempunyai pelbagai kesalahan dari segi format penulisan, ejaan, penggunaan slogan yang kurang tepat, dan ayat yang tidak gramatis dan lain-lain. Idea inovasi Hab Gaya Tulis yang menggunapakai aplikasi MyLink memudahkan pengguna mengakses templat yang disediakan berserta nota ringkas sebagai panduan. Buku Hab Gaya Tulis turut diterbitkan bagi sebagai panduan penulisan yang lebih komprehensif. Hab Gaya Tulis digunakan bukan sahaja di IPGKIK malah diaplikasi dalam oraganisasi lain. Melalui sebaran yang dibuat di dalam Portal IPGKIK dan media social lain, penggunaan Hab Gaya Tulis banyak digunakan oleh pelajar IPGKIK khususnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar termasuk juga IPG-IPG yang lain, jabatan dan sekolah-sekolah lain. Penggunaan inovasi Hab Gaya Tulis ini ternyata memberi impak yang besar kepada pengguna khususnya menjimatkan masa dalam penyediaan dokumen tersebut, malah tiada pembaziran kertas yang rosak akibat kerap kali pembetulan dibuat. Selain itu, imej sesuatu organisasi akan meningkat kerana dokumen seperti surat rasmi yang keluar ke organisasi lain akan memberikan identiti yang baik kepada sesuatu organisasi. Namun, impak pada diri adalah pengalaman paling berharga bagi inovator seperti kami sebagai Pembantu Operasi N11 dapat menyumbang juga kepada kecemerlangan organisasi.
Kata Kunci: Hab gaya tulis, surat rasmi, memo, minit curai dan minit bebas.
1.0 PENDAHULUAN
Dokumen rasmi seperti surat, memo, minit bebas dan minit curai merupakan dokumen penting yang digunakan dalam sesebuah organisasi. Dokumen ini menjadi medium dalam penyampaian maklumat secara rasmi. Penyediaan dokumen rasmi ini penting dalam penyampaian mesej di samping mencerminkan identiti sesebuah organisasi
Secara protokolnya, surat -surat yang dikeluarkan perlu mendapatkan tandatangan pihak pengurusan untuk kelulusan sebelum diedarkan kepada penerima sama ada di dalam oragnisasi maupun di luar organisasi. Hal ini bermakna proses penyediaan surat bermula dengan langkah-langkah yang berikut:
mengarang
mengedit bahasa dan format
mencetak
menghantar ke Pejabat Pengarah untuk semakan
kelulusan dan tandatangan Pengarah
penghantaran e-mel
Hab Gaya Tulis merupakan templat yang betul dalam penyediaan surat rasmi, memo, minit bebas dan minit curai. Templat ini dibuat mengikut ketetapan yang diluluskan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi kegunaan dokumen rasmi secara bertulis. Selain itu, nota ringkas juga disediakan bagi pemahaman pengguna Hab Gaya Tulis yang diakses di dalam aplikasi MyLink. Secara umumnya, Hab Gaya Tulis ini berperanan sebagai repositori yang membantu dan memudahkan penyediaan dokumen rasmi dalam rutin harian warga dalam sesebuah organisasi.
Objektif pembangunan inovasi Hab Gaya Tulis adalah seperti yang berikut:
menyediakan templat penyediaan dokumen rasmi yang sering digunakan dalam sesuatu organisasi secara seragam dan mengikut format yang betul.
mempercepat proses penyediaan dan pengeluaran dokumen rasmi dengan mudah dan pantas.
mengurangkan kesalahan-kesalahan berulang dalam penyediaan dokumen rasmi
menjaga kredibiliti organisasi sebagai institusi latihan keguruan di negara ini
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN NOVELTI
Rutin kami di Pejabat Pengarah akan menerima sekurang-kurangnya 10 surat, memo dan minit curai daripada pelbagai jabatan untuk ditandatangi Pengarah atau Timbalan Pengarah pada setiap hari. Permasalahan utama ialah semua dokumen yang diterima untuk ditandatangani Pengarah atau Pengurusan Tertinggi mempunyai pelbagai kesalahan dari segi:
Format penulisan
Ejaan
Slogan lama
Masalah Saiz/ Font/ Justify Tidak Selaras
Ayat yang tidak gramatis dan lain-lain.
Dokumen ini akan dikembalikan semula untuk dimurnikan. Kesannya, proses untuk mendapatkan kelulusan dan tandatangan ini mengambil masa 1-2 hari untuk diselesaikan sebelum die-mel kepada penerima. Bukan itu sahaja, sesetengah dokumen rasmi yang dihantar mempunyai kesalahan yang berulang dan sebagai staf yang menyemak sebelum dihantar untuk ditandatangan, kami mendapati masih banyak lagi kesalahan yang dilakukan yang dilakukan oleh warga organisasi termasuk pensyarah. (Rujuk Rajah 1)
Rajah 1: Jenis kesalahan penulisan dokumen rasmi
Bagi mengurangkan permasalahan yang dihadapi, repositori Hab Gaya Tulis dibangunkan bagi membantu pensyarah, pegawai pengurusan malah pelajar dalam menyediakan dokumen-dokumen yang memerlukan kelulusan dan tandatangan Pengarah dan Timbalan Pengarah.
Idea menghasilkan templat ini adalah asli dan dibangunkan mengikut amalan dan gaya penulisan dokumen rasmi di IPGKIK. Sebagai staf di Pejabat Pengarah, kami diamanahkan supaya cakna akan perkara ini kerana setiap dokumen rasmi yang ditandatangan oleh pihak pengurusan menjadi cermin kepada sesebuah organisasi yang cemerlang.
3.0 BAHAN DAN KAEDAH INOVASI (TAHAP PELAKSANAAN)
3.1 Strategi Penyelesaian dan Perancangan
Kami menggunakan analisis SWOT dalam memulakan gerakan membangunkan inovasi ini.
Rajah 2: Analisis SWOT Pemula Inovasi Hab Gaya Tulis
3.2 Perancangan dan Langkah Pembangunan Inovasi Hab Gaya Tulis
Antara perancangan dan langkah pembangunan inovasi ini adalah seperti berikut:
a. Perbincangan dan sumbang saran bersama-sama Pensyarah Pembimbing iaitu
Puan Norani binti Abd Rahim, Pensyarah cemerlang Gred Khas C (Bahasa Melayu)
b.Menyenarai kaedah penyelesaian dan akhirnya memilih menggunakan aplikasi
MyLink berdasarkan keputusan majoriti. Aplikasi ini dipilih kerana mesra pengguna
dan tidak begitu sukar untuk dilaksanakan. Namun yang penting, segala perubahan dalam
gaya penulisan boleh ditambah dan diedit pada bila-bila masa kerana berbentuk digital.
c. Membangunkan prototaip templat penulisan dokumen mengikut jenis dokumen
d. Melakukan uji rintis kepada pensyarah di beberapa jabatan dan pelajar
e. Melakukan penambahbaikan templat
f. Mendapatkan verifikasi daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKIK
g. Menyebar luas penggunaan Hab Gaya Tulis dalam pelbagai platform media sosial seperti
Portal rasmi IPGKIK, Telegram, WhatsApp dan sebagainya.
h. Menerbitkan buku Hab Gaya Tulis sebagai panduan penulisan yang boleh dirujuk
3.3 Kaedah dan Bahan Inovasi
Inovasi Hab Gaya Tulis merupakan templat yang betul dalam penyediaan surat rasmi, memo, minit bebas dan minit curai. Templat ini dibuat mengikut ketetapan yang diluluskan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi kegunaan dokumen rasmi secara bertulis. Selain itu, nota ringkas juga disediakan bagi pemahaman pengguna Hab Gaya Tulis.
Templat ini bukan hanya digunakan di peringkat/warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tetapi juga kepada organisasi luar. Templat ini telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pengguna-pengguna. Antara organisasi luar adalah seperti Institut Sukan Negara, Pustaka Nadwa dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Bagi mengurangkan permasalahan yang dihadapi, maka kami membangunkan repositori Hab Gaya Tulis bagi membantu semua pengguna.
Hab Gaya Tulis menggunakan aplikasi MyLink sebagai platform atas pencarian dokumen yang perlu disediakan. Tatacara penggunaannya, pengguna hanya perlu:
● mendapatkan pautan Hab Gaya Tulis
● memilih dokumen apa yang hendak disediakan.
● klik templat jenis penulisan dokumen untuk dicontohi dan diikuti
● isikan maklumat yang berkaitan sahaja manakala bahagian format tidak perlu ditukar.
3.2 Perancangan dan Langkah Pembangunan Inovasi Hab Gaya Tulis
Antara perancangan dan langkah pembangunan inovasi ini adalah seperti berikut:
a. Perbincangan dan sumbang saran bersama-sama Pensyarah Pembimbing iaitu Puan Norani binti Abd Rahim, Pensyarah cemerlang Gred Khas C (Bahasa Melayu)
b.Menyenarai kaedah penyelesaian dan akhirnya memilih menggunakan aplikasi MyLink berdasarkan keputusan majoriti. Aplikasi ini dipilih kerana mesra pengguna dan tidak begitu sukar untuk dilaksanakan. Namun yang penting, segala perubahan dalam gaya penulisan boleh ditambah dan diedit pada bila-bila masa kerana berbentuk digital.
c. Membangunkan prototaip templat penulisan dokumen mengikut jenis dokumen
d. Melakukan uji rintis kepada pensyarah di beberapa jabatan dan pelajar
e. Melakukan penambahbaikan templat
f. Mendapatkan verifikasi daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKIK
g. Menyebar luas penggunaan Hab Gaya Tulis dalam pelbagai platform media sosial seperti Portal rasmi IPGKIK, Telegram, WhatsApp dan sebagainya.
h. Menerbitkan buku Hab Gaya Tulis sebagai panduan penulisan yang boleh dirujuk
3.3 Kaedah dan Bahan Inovasi
Inovasi Hab Gaya Tulis merupakan templat yang betul dalam penyediaan surat rasmi, memo, minit bebas dan minit curai. Templat ini dibuat mengikut ketetapan yang diluluskan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi kegunaan dokumen rasmi secara bertulis. Selain itu, nota ringkas juga disediakan bagi pemahaman pengguna Hab Gaya Tulis.
Templat ini bukan hanya digunakan di peringkat/warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tetapi juga kepada organisasi luar. Templat ini telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pengguna-pengguna. Antara organisasi luar adalah seperti Institut Sukan Negara, Pustaka Nadwa dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Bagi mengurangkan permasalahan yang dihadapi, maka kami membangunkan repositori Hab Gaya Tulis bagi membantu semua pengguna.
Hab Gaya Tulis menggunakan aplikasi MyLink sebagai platform atas pencarian dokumen yang perlu disediakan. Tatacara penggunaannya, pengguna hanya perlu:
● mendapatkan pautan Hab Gaya Tulis
● memilih dokumen apa yang hendak disediakan.
● klik templat jenis penulisan dokumen untuk dicontohi dan diikuti
● isikan maklumat yang berkaitan sahaja manakala bahagian format tidak
perlu ditukar.
Rajah 3: Aplikasi Hab Gaya Tulis
Hab Gaya Tulis terus diperkasakan dengan penerbitan buku secara bercetak. Buku ini mengandungi perincian nota dan panduan lengkap penulisan dokumen mengikut jenis dokumen (rujuk rajah 4). Agar jenama Hab Gaya Tulis terus kukuh, penciptaan logo juga dibangunkan bagi menandakan inovasi yang serius, makna serta berupaya memanfaatkan pengguna secara keseluruhannya (rujuk rajah 5). Templat ini juga mengikut format yang dipersetujui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKIK. Solusi Hab Gaya Tulis telah mengurangkan masa untuk mendapatkan tandatangan dan pengeluaran dokumen kepada pihak penerima. Hab Gaya Tulis juga mempunyai pelbagai templat mengikut keperluan dan rutin pegawai yang memerlukan dokumen ini. Teknik yang kami sediakan tesedia terdapat dalam bentuk teknologi dan buku panduan secara manual dan digital.
Templat dan panduan yang di terbitkan dalam buku panduan dan rujukan di aplikasi MyLink
Rajah 5: Buku dan Logo Hab Gaya Tulis
4.0 PRAKTIKAL DAN KEBOLEHGUNAAN
Hab Gaya Tulis ternyata amat mudah digunakan kerana ciri-cirinya seperti yang mudah diakses, bersifat mobile, boleh diedit untuk penambahbaikan pada bila-bila masa dan mesra pengguna. Ternyata Hab Gaya Tulis telah membantu untuk menyelesaikan kesalahan-kesalahan dalam penyediaan dokumen rasmi untuk ditandatangani Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKIK. Walaupun digunakan pada peringkat IPGKIK pada awalnya, namun kini Hab Gaya Tulis juga digunakan oleh beberapa sekolah dan juga jabatan kerajaan yang lain.
Testimoni pengguna Hab Gaya Tulis adalah seperti yang berikut (rajah 6)
5.0 IMPAK INOVASI
5.1 Penjimatan Masa
Impak Hab Gaya Tulis ini memudahkan proses penyediaan dokumen rasmi daripada satu hingga dua hari kepada dua jam sahaja. Selain itu templat ini juga memudahkan penguna untuk menyediakan dokumen rasmi.
5.2 Penjimatan Kos
Tiada kos dalam penyediaan templat ini. hal ini kerana Hab Gaya Tulis menggunakan aplikasi percuma dan semua templat serta panduan dimuat naik di dalam Google Drive sahaja.
5.3 Peningkatan Produktiviti
Penggunaan templat dalam Hab Gaya Tulis ini juga membantu organisasi dalam menyediakan dokumen rasmi yang standard dan berkualiti. Selain daripada itu Hab Gaya Tulis juga dapat menyelesaikan pemasalahan dalam penyediaan dokumen rasmi.
Hab Gaya Tulis telah menyediakan templat yang mengikut format yang dipersetujui oleh Majlis Pengurusan Tertinggi IPG KIK. Selain itu, Hab Gaya Tulis mempunyai pelbagai templat mengikut keperluan dan rutin pegawai yang memerlukan dokumen ini, ia juga mengurangkan masa untuk mendapatkan tandatangan dan pengeluaran dokumen kepada pihak penerima.
Disertakan QR Code dan link seperti dibawah:
(Buku Panduan Digital Hab Gaya Tulis, Aplikasi MyLink, Video Inovasi dan
Gambar perkongsian pengunaan templat organisasi luar)
5.4 Peningkatan Kepuasan Pengguna
Pengguna Hab Gaya Tulis bukan sahaja untuk kegunaan warga IPGKIK tetapi telah dimanfaatkan juga kepada pihak luar. Melalui hebahan di dalam media sosial dan juga Portal Rasmi IPGKIK. Hab Gaya Tulis telah digunakan di beberapa agensi kerajaan dan juga sekolah. (Rujuk Rajah 8)
Maklum balas dari pengguna templat Hab Gaya Tulis melalui Whatapps dari organisasi luar.
Rajah 8: Maklum balas dari Organisasi Luar
5.5 Signifikan
Melihat kepada permintaan penggunaan Hab Gaya Tulis ini, ternyata inovasi ini telah memberi impak dan nilai kerelevanan yang tinggi kepada banyak pihak. Terbukti inovasi ini telah merentas sempadan organisasi bukan hanya di IPGKIK tetapi dimanfaatkan bersama oleh sekolah-sekolah, Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, malah di Istitut Sukan Negara (rujuk rajah 8).
Hab Gaya Tulis akan terus meluaskan penggunaannya kerana penyediaan dokumen rasmi merupakan perkara yang diperlukan oleh setiap organisasi mahupun untuk kegunaan peribadi.
6.0 PELUASAN
6.1 Hak Cipta / Paten
Bagi mengawal hak cipta, inovasi ini telah didaftarkan di MyIPO pada 31 Mei 2023 bagi mendapatkan hak cipta.
6.2 Perkongsian penggunaan Hab Gaya Tulis
Perkongsian penggunaan Hab Gaya Tulis turut dikongsi kepada guru-guru di sekolah melalui sesi LADAP yang disampaikan oleh Puan Norani Abd Rahim seperti yang berikut :
● SMK Sinar Bintang pada 13 Mei 2023
● SMK Tinggi Kajang pada 10 Jun 2023
● Perkongsian dalam Karnival INO-IK Peringkat Kebangsaan pada 13 Jun 2023
● Pelajar major Bahasa Melayu, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, IPGKIK pada 8 Jun 2023
● 100 orang Pentadbir Sekolah-Sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur pada 7 Disember 2022
● Semua platform media sosial (Rajah 9)
Rajah 9 : Peluasan melalui media sosial
KESIMPULAN
Inovasi Gaya Tulis ini memberi manfaat besar dan menyelesaikan kesukaran yang dihadapi dalam kelulusan dan penyampaian dokumen rasmi kepada pengguna. Hab Gaya Tulis akan diperluas kepada dokumen rasmi yang lain seperti Minit Mesyuarat dan Laporan. Dengan slogan Gaya Tulis: Solusi Penyediaan Dokumen Rasmi, inovasi ini memberi impak dan manfaat yang besar kepada dunia pendidikan.
LAMPIRAN / DOKUMEN SOKONGAN
BUKU PANDUAN PENULISAN DOKUMEN RASMI
Hab Gaya Tulis telah menerbitkan buku Panduan Penulisan Dokumen Rasmi secara manual.
2. AKSES PAUTAN PANTAS
Mewujudkan aplikasi Mylink dimana semua dokumen rasmi disimpan didalam pautan ini bagi memudahkan pengguna untuk mengakses dokumen rasmi dengan pantas.
3. PENGIKTIRAFAN
Inovasi ini telah mendapat pengiktirafan daripada:
1) Dr. Faridah binti Yakob, Pengarah IPG Ilmu khas
2) Puan Azlina binti Ahmad, Timbalan Pengarah
IPG Ilmu khas
3) En. Hasizan bin Dahalal, Ketua Jabatan
Pengajian Melayu