1. Apa Itu Minit Curai
Minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan iaitu cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. Ia juga merupakan laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus, mesyuarat, taklimat, bengkel yang dihadiri untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Selain tu minit curai ini ditulis dengan maksud yang jelas dan terang.
2. Tujuan Minit Curai
Tujuan minit curai ini ialah bertujuan supaya segala maklumat yang telah diterima terus disampaikan kepada Ketua Jabatan. Ianya juga bertujuan menyampaikan maklumat apa yang disampikan dalam mesyuarat, taklimat, kursus atau bengkel yang dihadiri.
3. Kandungan Dalam Minit Curai
Berikut adalah merupakan antara kandungan yang perlu ada dalam minit curai iaitu:
a) Kepada
b) Daripada
c) Salinan Kepada
d) Rujukan Fail
e) Perkara/Aktiviti
f) Tarikh dan masa
g) Tempat
h) Anjuran (urus setia)
i) Pengerusi (urus setia)
j) Kehadiran (bahagian lain)
k) Bil
l) Perkara/ Isu
m) Tindakan dan Makluman
n) Nama Pencatat
o) Tarikh Disediakan
p) Mesyuarat Penyelarasan
4. Bila Perlu Dibuat Minit Curai
Sebaiknya ianya dibuat dalam kadar segera selepas pulang dari mesyuarat, taklimat, kursus atau seminar yang dihadiri. Ianya bagi mengelakkan Kelewatan untuk mengambil tindakan atau terlupa unutk menyampaikannya.
5. Keperluan Minit Curai
Bergantung kepada pihak pengurusan. Ada Ketua Jabatan yang tidak tekankan penyediaan minit curai. Namun, tanggungjawab kita sebagai wakil perlu catatkan apa yang diperoleh daripada mesyuarat, taklimat, kursus atau bengkel yang dihadiri.
6. Cara Membuat Minit Curai
Berikut adalah merupakan cara penulisan minit curai iaitu:
a) Seharusnya dibuat lebih ringkas tetapi mempunyai maklumat yang padat.
b) Tidak perlu menulis semua perkara, hanya memasukkan perkara yang perlu disampaikan dan maklumat yang memerlukan tindakan susulan.
c) Kenyataan juga hendaklah ditulis dengan ringkas dan mudah difahami tetapi tidak lari daripada maksud asal.
7. Contoh Minit Curai yang telah di semak