1. Apa Itu Minit Bebas
Minit Bebas digunakan dalam keadaan dimana keputusan atau maklum balas keatas sesuatu perkara yang perlu diperincikan dengan lebih jelas.Selain itu minit bebas ini juga perlu dipertimbangkan atau mendapat kelulusan oleh pihak atas.
2. Tujuan Minit Bebas
Tujuan minit bebas ini dibuat adalah untuk memudahkan bagi pihak yang mengadakan sesuatu program, bengkel atau kursus untuk mendapatkan peruntukan pengesahan peruntukan kewangan dari seksyen kewangan dan perolehan dalam sesuatu organisasi. Dengan adanya minit bebas ini segala maklumat dapat diperincikan lagi didalam keterangan.
3. Kandungan Dalam Minit Bebas
a) Kepada
b) Melalui
c) Salinan kepada
d) Perkara
e) Ulasan
f) Implikasi
g) Tarikh
h) Rujukan
i) Tujuan
j) Tandatanagn permohon
k) Ulasan Penolong Akauntan
l) Ulasan Timbalan Pengarah (perlu ada tandatangan Timbalan Pengarah)
m) Keputusan/ Arahan Pengarah (perlu ada tandatangan Pengarah)
4. Bila Perlu Dibuat Minit Bebas
Minit bebas perlu dibuat bila sesuatu program,bengkel atau kursus yang memerlukan peruntukan kewangan dari sektor kewangan.
5. Keperluan Minit Bebas
Minit bebas ini perlu ada kerana memberi maklumat lebih terperinci tentang tujuan sesuatu program, bengkel dan kursus yang memerlukan peruntukan kewangan dari sektor kewangan.
6. Cara Penulisan Minit Bebas
a) Dibuat secara lebih ringkas tetapi mempunyai maklumat yang padat.
b) Tidak perlu menulis semua perkara, hanya perlu memasukkan maklumat yang memerlukan tindakan susulan.
c) Kenyatan perlu ditulis dengan ringkas dan mudah difahami tetapi tidak lari daripada maksud asal.
7. Contoh Minit Bebas
Berikut merupakan contoh minit bebas untuk dibuat rujukan.
Contoh Minit Bebas
Berikut merupakan minit bebas yang telah diulas yang boleh dibuat rujukan.