PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmioleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua, 1987; edisi ketiga, 1993).Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi terkini yang disempurnakan atau dimantapkan daripada Kaedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah EjaanJawi Za’ba sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi,1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. HasilKonvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yangdiperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991, dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.
Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku inimerupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkandokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripadaterbitan-terbitan yang berikut:
(i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, CetakanPertama Edisi Ketiga, 1993.
(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.