JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN (JBKD)

IPG KAMPUS KENT TAHUN 2020 - 2021

Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD), Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Kent ditubuhkan secara rasminya pada 04 November 2019 apabila Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menetapkan Bahasa Kadazandusun (BKD) sebagai pengkhususan utama (Tier I) IPGK Kent. Sebelum ini, JBKD merupakan Unit BKD yang ditubuhkan pada bulan Januari 2012 dan diletakkan di bawah Jabatan Bahasa. Tujuan asal penubuhan adalah untuk menyelaraskan perancangan penggubalan kurikulum dan latihan tenaga pengajar BKD. Kini, JBKD beroperasi sebagai salah satu jabatan akademik yang menawarkan kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) BKD Sekolah Rendah (SR) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) BKD Sekolah Rendah (SR). Pada tahun 2021, JBKD akan menawarkan kursus Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) BKD SR & SM.

Kurikulum teras PPISMP BKD terdiri 6 kursus iaitu BKD1014, BKD1024, BKD1034, BKD1054 dan BKD1064 yang setiap satunya bernilai 4 kredit.  Manakala Kurikulum teras PISMP BKD  terdiri daripada 17 kursus iaitu BKDB3013, BKDB3023, BKDB3033, BKDB3043, BKDB3052, BKDB3063, BKDB3073, BKDB3083, BKDB3093, BKDB3103, BKDB3113, BKDB3123, BKDB3132, BKDB3143, BKDB3152, BKDB3163 dan BKDB3173 yang setiap satunya bernilai 2 atau 3 kredit. (Rujuk Buku Panduan PPISMP dan PISMP terkini yang dikeluarkan oleh IPGM). Program BKD telah menerima Akreditasi Penuh Panel MQA pada 17 – 18 Ogos 2017. 

Dalam Carta Fungsi IPGK Kent Tahun 2020, Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) berfungsi sebagai: