Laporan Tahunan 2022

Baris Depan Dari Kiri

Datin Dr. Hajah Rosinah Binti Edinin (Timbalan Pengarah), Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah B.S.K  (Pengarah), Puan Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah B.K ( Ketua Jabatan )

Baris Belakang Dari Kiri

Encik Amidy Malagob, Encik Victor Bin Baga, Dr. Wilfred bin Dousip

Encik James Geofferey W. Molijoh, Encik Sinit @ John Gitom, ,


Tiada dalam Gambar :

Dr. Saimin Ginsari dan Puan Rosmahwati Binti Ebbie


 

1.0                ORGANISASI JABATAN

2.0                AKTIVITI-AKTIVITI

2.1      Aktiviti yang telah dilaksanakan

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) sepanjang tahun 2022.


2.1.1   Piboi’an Managon Om Momohiis Boros Kadazandusun (Mamagatang Boros Sandad) – Perspektrif 1

Pada 21 Februari 2022, Jabatan Bahasa Kadazandusun IPGK Kent, Tuaran telah menganjurkan majlis penutupan aktiviti sempena Hari Bahasa Ibunda Sedunia yang melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Kadazandusun.  Aktiviti ini telah bermula pada 4 Februari sehingga pada 21 Februari 2022.  Aktiviti ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Kadazandusun di kalangan pelajar IPG Kampus Kent, memartabatkan Bahasa Kadazandusun di kalangan pelajar IPG Kampus Kent, Tuaran serta mencungkil bakat dan kreativiti mereka dalam aktiviti ‘Manangon dan Momohiis’. Seramai 19 pelajar BKD telah mengambil bahagian dalam kedua-dua pertandingan yang dijalankan.  Walaupun pertandingan ini dijalankan secara maya iaitu dengan menggunakan pelantar Google Meet namun penyertaan yang menggalakkan di kalangan pelajar ini jelas menunjukkan bahawa bakat itu boleh ditrampilkan dalam apa jua cara. Majlis Penutupan Hari Bahasa Ibunda Sedunia peringkat IPGK Kent ini disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hajah Rosmawati Hamzah, B.G.K, Pengarah IPGK Kent, Tuaran. 

Rujukan:

(https://www.sabahtaim.com/2022/02/program-pemertabatan-bahasa.html & Utusan Borneo 24 Februari 2022)

2.1.2   Kursus Asas Komunikasi BKD – Perspektif 2

Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran buat julung kalinya telah melaksanakan Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusun, pada 22 April 2022.  Kursus sehari ini dihadiri oleh 16 orang pensyarah, 4 orang staf dan 46 orang pelajar.  Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar bukan opsyen Bahasa Kadazandusun serta para pensyarah dan staf IPGK Kent yang bukan penutur Bahasa ini dapat belajar asas komunikasi Bahasa pribumi terbesar Sabah ini.  Slot perkongisan fasilitator di kalangan pensyarah BKD dikendalikan oleh Puan Rita Lasimbang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF), Puan Linah Bagu @Siti Nurlina  Abdullah, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun dan Encik Victor Bin Baga, Setiausaha Jabatan Bahasa Kadazandusun.

Kursus ini amat penting kerana ia secara tidak langsung dapat membudayakan pertuturan Bahasa Kadazandusun di kalangan pensyarah, staf dan pelajar bukan opseyn BKD dan seterusnya melestrasikan Bahasa ibunda yang semakin kurang dituturkan khususnya dikalangan generasi muda.  Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Komunikasi BKD ini telah disempurnakan oleh Pengarah IPGK Kent, YBhg. Dr. Hajah Rosmawati Hamzah. 

2.1.3   Pesta Kaamatan (Moginakan) – Perspektif 1

Pada 27 Mei 2022, Jabatan Bahasa Kadazandusun telah menjayakan sambutan Tadau Kaamatan (Pesta Menuai dan Jamuan Hari Raya Peringkat Institut Pengdidikan Guru (IPG) Kampus Kent.  Sambutan Pesta Menuai ini adalah untuk menguatkan semangat silahturahim khususnya dikalangan warga IPGK Kent kerana fokus perayaan ini lebih kepada acara ‘Moginakan’ atau ‘makan bersama keluarga besar’ sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan atas rezeki yang dilimpahkan dalam pelbagai bentuk. Sambutan ini turut diraikan bersama-sama dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut menzahirkan rasa kesyukuran dan kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah Ramadan.  Terdapat banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Mei seperti pemantapan Galeri Bahasa Kadazandusun, penyiapan mural motif Linangkit di beranda Jabatan Bahasa Kadazandusun, pertandingan sukan tradisional, pertandingan sugandoi dan pertandingan peragaan pakaian tradisional. 

Majlis Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan (Moginakan) dan Jamuan Hari Raya Peringkat IPGK Kent Tahun 2022, telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga merangkap Naib Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah, YBhg. Datuk Jahid Noordin Jahim, PGDK, ASDK, ADK (Sabah).   Turut hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini adalah Pengarah IPG Kent, YBhg. Dr. Rosmawati Hamzah;  Pegawai Daerah Tuaran, Tuan Syahrin Samsir;  Pengarah Hospital Daerah Tuaran, Datuk Dr. G. Mohan Naidoo; Timbalan Pengarah IPGK Kent, Datin Dr Hajah Rosinah Edinin; dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Kent, En. Amidy Malagod merangkap Pengerusi Penganjur Bersama.


2.1.4   LPS: Kursus dan Bengkel Membina Tapak dan Bahan Repository BKD – Perspektif 2

Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent telah mencipta sejarahnya sendiri apabila berjaya membina Repositori Bahasa Kadazandusun pada tahun 2022.  Kejayaan ini adalah atas usaha sama para pensyarah dan pelajar Bahasa Kadazandusun melalui aktiviti bengkel ‘hands on’ yang berlangsung selama sehari.  Usaha murni ini telah direalisasikan melalui kolaborasi bersama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang memegang teras pembestarian teknologi  pembinaan bahan pendidikan. 

             Kolaborasi ini secara tidak langsung dapat membantu mengetengahkan peranan JBKD dalam pendidikan Bahasa etnik di sekolah, menjadi pusat rujukan Bahasa dan budaya serta menjadi rakan bicara ilmu melalui penganjuran kolokium, simposium, webinar, penyelidikan, inovasi, penerbitan, jalinan profesionalisme yang lebih bermakna kepada kedua-dua pihak.  Repositori ini berjaya diwujudkan melalui bengkel pembinaan Tapak dan Bahan Repositori JBKD yang dihadiri oleh 7 orang pensyarah BKD dan 81 orang pelajar BKD melalui pelantar Google Meet.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua pakar ICT di IPGK Kent iaitu Dr. Kok Boon Shiong dan Dr. Wilfred bin Dousip dan fasilitator jemputan luar iaitu Ketua Unit Pembestarian SSTP JPN Sabah, Encik Julai David. 

             Seramai 20 pelajar yang mahir dalam ICT turut membantu menerajui enam elemen utama dalam repositori yang berpandukan kepada Pekeliling Kemajuan  Pentadbiran  Awam Bil. 2 Tahun 2015, Garis Panduan Protal myGovernment, Laman Web/Portal Agensi-Agensi Sektor Awam yang meliputi tapak, reka bentuk,  aplikasi, grafik, video, audio, jurnal dan artikel.

Apabila repositori ini siap sepenuhnya, ia akan memudahkan pensyarah dan pelajar BKD untuk membuat rujukan dalam sesuatu aspek berkaitan.  Repositori ini juga akan dibuka kepada warga luar kampus IPGK Kent terutama pihak yang berminat dalam bidang sejarah, budaya serta sastera Bahasa etnik di Sabah khususnya BKD.  Kursus dan bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGK Kent iaitu Datin Dr. Hajah Rosinah Edinin yang turut menyatakan bahawa repository ini akan menjadi cerminan kecemerlangan JBKD dalam bidang latihan guru BKD. Rujukan: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20220814/281934546729606

2.1.5   LPS: Bengkel Penyelidikan dan Penerbitan Artikel Ilmiah BKD-Perspektif 3

Bengkel penyelidikan dan penerbitan artikel ilmiah BKD yang sepatutnya dijalankan pada 26 Ogos 2022, berjaya dijalankan pada 22 September 2022 dengan dihadiri oleh beberapa penulisan ilmiah iaitu Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun sendiri, Puan Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah, Pensyarah Kanan IPGK Keningau, Dr Hanifah Sabin dan Pensyarah Kanan UPSI Dr. Minah Sintian.  Bengkel yang berlangsung selama sehari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGK Kent, Datin Dr. Hajah Rosinah Binti Edinin. Tujuan bengkel ini adalah untuk mendedahkan bagaimana peranan seorang pensyarah dalam meningkatkan dan memantapkan lagi pengetahuan sedia ada kerana pensyarah bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga berperanan penting dalam penyelidikan.  Penyelidikan ialah proses sistematik dalam pengumpulan dan pengurusan maklumat, penganalisisan dan pentaksiran penemuan dan seterusnya menghebahkan penemuan melalui penulisan yang diterbitkan serta perbentangan di persidangan akademik. Penyelidikan mempunyai beberapa ciri yang bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik dan persoalan ini harus diselesaikan melalui penyelidikan yang akan dijalankan oleh seorang pensyarah dan seterusnya menjadikannya sebagai satu artikel. 

2.1.6   Jalinan Kerjasama Profesional:  Hari Bahasa Ibunda Borneo

Hari Bahasa Ibunda Borneo (HBIB) 2022 yang melibatkan dua negara iaitu Malaysia dan Brunei Darussalam ini yang sepatutnya dijalankan pada 29 dan 30 September 2022 hanya dapat dijalankan pada 25 dan 26 Oktober 2022 dan Ketua Jabatan Kadazan Dusun, Puan Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah dari IPGK Kent, Tuaran turut serta menjadi salah seorang dari pembentang yang mengambil bahagaian dalam program ini yang bertemakan ‘Pemupukan Bahasa Ibunda dalam Pendidikan dan Masyarakat’. 

2.1.7 Jalinan Kerjasama Profesional: Bengkel Wikikamus Bahasa Kadazandusun




Bengkel ini adalah kesinambungan kepada program Hari Bahasa yang dijalankan pada 21 Februari dan pada 11 November 2022 pada peringkat IPGK Kent, Tuaran.  Bengkel ini telah di kendalikan oleh Encik Mohd. Taufik Bin Rosman dari Wikimedia Community User Group Malaysia dan seramai 90 peserta yang terdiri daripada pensyarah BKD, guru-guru BKD dan pelajar BKD IPGK Kent turut serta dalam bengkel ini yang berlangsung selama sehari dan berjaya memasukan sebanyak 1780 perkataan ke dalam Wikitionary.

 

Rujukan:https://www.sabahtaim.com/2022/11/ipg-kampus-kent-kembangkan-bahasa.html?m=0


2.1.8   Pemeriksaan Oleh Pemeriksa Luar (EEVE)







Pemeriksaan Luar ini diadakan bagi memastikan kesesuaian jenis dan kaedah pentaksiran berterusan serta pentaksiran akhir bagi mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Pemeriksaan ini dilaksanakan oleh pemeriksa luar yang dilantik oleh IPGM. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara dalam talian (Google Meet)


2.1.9   Perasmian Galeri Boros Kadazandusun

Majlis Perasmian Galeri Bahasa Kadazandusun telah disempurnakan oleh Pengarah IPGK Kent, YBhg. Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah pada 22.07.2022.   Galeri Bahasa Kadazandusun menyimpan pelbagai maklumat mengenai kepakaran pensyarah dan pengambilan pelajar PISMP Bahasa Kadazandusun sejak 2012 hingga 2021, artikel dan jurnal penyelidikan bidang Bahasa Kadazandusun, koleksi pakaian dan aksesori pelbagai etnik Kadazan Dusun, alat-alat muzik tradisi dan pencapaian serta kegemilangan pensyarah dan pelajar Bahasa Kadazandusun di peringkat institut, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Rujukan: https://www.utusanborneo.com.my/2022/07/25/ipg-kampus-kent-wujud-galeri-bahasa-kadazandusun-pertama-di-malaysia

2.1.10 Pelabelan Qr Code Tanaman Herba Jabatan Bahasa Kadazandusun



Pelabelan Herba menggunakan Qr Code adalah bertujuan untuk memudahkan pengunjung yang datang ke Jabatan Bahasa Kadazandusun dapat mengenalpasti herba-herba tradisonal dengan mudah.  Selain daripada itu, pelajar sendiri dapat menjadikan taman ini sebagai tempat untuk menjalankan penyelidikan termasuk untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan dengan herba ini.  Malah taman ini juga memberikan  manfaat kepada warga IPGK Kent yang memerlukan herba ini untuk keperluan sendiri.


2.1.11 Lawatan Muhibah Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik (KBDS) Ke IPGK Kent (Jabatan BKD)

Pada 23 September 2022, Jabatan Bahasa Kadazan Dusun telah menerima kunjungan daripada Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik (KBDS) yang diketuai oleh Datuk Lawrence Gimbang. 

2.1.12 Lawatan Sambil Belajar Badan Pengawas Asrama SMK Timbua, Ranau Ke Galeri  Bahasa Kadazandusun, IPG Kampus Kent, Tuaran





Pada 28 Oktober 2022, sekali lagi Jabatan  Bahasa Kadazan Dusun sekali lagi menenerima kunjungan luar dari Badan Pengawas Asrama SMK Timbua, Ranau yang melawat Galeri Bahasa Kadazandusun.  Semasa lawatan ini, para pelajar BKD turut memberi persembahan Hiis sebagai acara kemuncak lawatan.

2.1.13 Bengkel Ortografi dan Pembinaan Kamus Bahasa Dusun Liwan dan Dusun Bundu

Pada 21 hingga 27 November 20212, para pensyarah dari Jabatan Bahasa Kadazandusun telah  menyertai bengkel Ortografi dam Pembinaan Kamus Bahasa Dusun Liwan dan Dusun Bundu ini di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.  Bengkel ini dikendalikan oleh dua pakar linguistik yang sudah menerbitkan banayak buku ilmiah dan dokumenteri termasuk kamus iaitu Dr. Mark Miller, Linguistics Coordinator for SIL Malaysia dan Puan Rita Lasimbang, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF).  Selain dari para pensyarah, bengkel ini turut dihadiri oleh Ketua Anak Negeri dari pelbagai wilayah dan juga pakar rujuk Bahasa Dusun Liwan.

3.0                Penglibatan dan Pencapaian 2022

3.1      Penglibatan Pensyarah dalam Pembentangan Kertas Kerja / Sumbangan

3.2      Penglibatan Pensyarah Dalam Aktiviti Penerbitan Artikel Ilmiah

3.3      Penglibatan Pensyarah Dalam Aktiviti Luar

3.4   Pencapaian Pelajar Dalam Aktiviti Penyelidikan dan  Inovasi

4.0                Perkhidmatan Konsultansi / Pakar Rujuk / Panel Hakim

5.0      PENUTUP

 

Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) berjaya melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2022 seperti yang terkandung dalam Perancangan Tahunan 2022.   JBKD juga telah melaksanakan beberapa aktiviti semasa mengikut arahan pihak IPGM dan aktiviti-aktiviti lain. Di antaranya adalah seperti Pemeriksaan oleh Pemeriksa Luar Dalam Talian (EEVE) untuk bidang Bahasa Kadazandusun , penggubalan Kertas Soalan Peperiksaan dan Skema Pemarkahan, menerima lawatan luar pelbagai agensi serta menyertai kursus luar yang dianjurkan bersama agensi luar seperti Wikimedia Community User Group dan Persatuan Kebudayaan Dusun Liwan & Dusun Bundu Sabah.