Laporan Tahunan 2019

Baris belakang dari kiri:  Pn. Aidah Abd. Ghani,En. Victor Baga, En. Tiong Hong Keong, En. James Geoffrey W.Molijoh,

En. John Gitom, Cik Sophia Tsen Fui Ni

 Baris depan dari kiri:  Pn Daisy Ak. Benedict Bamsa, Pn. Linah Bagu (Ketua Jabatan), En. Romli bin Darus

(Pengarah), Pn. Rosemary Anak Layat, Pn. Evelyn Annol

 

1.0                ORGANISASI JABATAN


2.0                AKTIVITI-AKTIVITI

 

2.1      HARI KELUARGA JABATAN BAHASA

Jabatan Bahasa terdiri daripada beberapa kumpulan unit, iaitu Unit Bahasa Cina, Unit Pengajian Cina dan Unit Bahasa Kadazandusun. Pada setiap tahun jabatan ini akan mengadakan satu program Hari Keluarga Jabatan Bahasa peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kent yang bertujuan bagi memberikan peluang kepada warga Jabatan Bahasa untuk saling mengenali antara satu sama lain sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim  dalam kalangan pendidik dan pelajar di bawah  Jabatan Bahasa.  Matlamat program ini adalah menyayangi dan menghargai Jabatan Bahasa disamping,  mengenali serta  menghormati kepelbagaian bahasa dan budaya. Objektif program ini adalah supaya dapat mengeratkan  hubungan silaturahim antara warga Jabatan Bahasa. Selain itu, memberi peluang kepada para pelajar di Jabatan Bahasa mempelajari cara penyusunan program serta memberikan pendedahan pengurusan sesuatu program. Program Hari Keluarga Jabatan Bahasa 2019 telah dirasmikan oleh En. Romli Bin Darus, Pengarah IPGK Kent. Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan amat berjaya atas sokongan dan kerja sama daripada semua pihak.


Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah En. Romli Bin Darus dengan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar keluarga Jabatan Bahasa


Upacara memotong kek sempena hari Keluarga Jabatan Bahasa


2.2      Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pengajian Inggeris

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pengajian Inggeris sepanjang tahun 2019.


Persembahan Tarian PISMP BKD Sem 1 dan Sem 3


2.2.1   BENGKEL CEFR ALIGNED CURRICULUM FOR YEAR 3

CEFR aligned curriculum telah mula digunakan di semua sekolah di Malaysia sejak tahun 2017, bermula dengan kelas tahun satu dan tingkatan satu. Oleh itu, pensyarah BI dan pelajar TESL perlu diberi induksi tentang apa yang terkandung dalam CEFR-aligned curriculum untuk Tahun 3. Dua orang penceramah jemputan yang merupakan jurulatih CEFR-aligned curriculum untuk daerah Tuaran telah dijemput sebagai fasilitator dan

 bengkel yang berlangsung sehari suntuk pada 25 hb Januari ini telah diadakan di Makmal Bahasa, IPGK Kent.

Pelajar sedang melakukan aktiviti dengan bimbingan penceramah


Sesi bergambar bersama pelajar, pensyarah dan penceramah sebelum bengkel berakhir


2.2.2 Pertandingan  Borderless Writing

Pertandingan Borderless Writing telah diadakan sempena Minggu Bahasa 2019 yang berlangsung dari 22hb hingga 26 hb. April 2019. Pertandingan yang berlangsung pada 25hb. April ini telah disertai oleh wakil dari setiap kelas PISMP dan opsyen. Aktiviti ini mempunyai beberapa objektif seperti untuk memperkenalkan idea inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran menulis menggunakan teknologi serta menggalakkan penulisan kreatif yang menyeronokkan. Setiap peserta perlu membuat demonstrasi dan penerangan tentang kaedah menggunakan teknologi untuk genre tulisan yang dipilih. Pemenang pertama untuk pertandingan ini ialah Khairil Aysraf dari PISMP BM Ambilan Jun 2017.

Pertandingan Borderless Writing sedang berlangsung di laluan Dewan Kuliah 1 dan 2


Pelajar sedang melawat salah satu booth pameran Borderless Writing


2.2.3   Persembahan Jazz Chant dan Rhythmic Choral Speaking

Aktiviti ini juga merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan semasa Minggu Bahasa 2019. Ianya bertujuan untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Penonton untuk aktiviti ini terdiri daripada warga IPGK Kent yang berkelapangan dan juga 30 orang murid-murid serta guru-guru pengiring dari tiga buah sekolah rendah berdekatan. Murid-murid yang hadir telah dibahagikan kepada kumpulan dan diajar Jazz Chant yang baharu oleh guru pelatih untuk dipersembahan kepada para hadirin. Ternyata aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang menyeronokkan ini berfaedah untuk semua.

Barisan pelajar yang menyertai persembahan Jazz Chant

Barisan pelajar yang menyertai persembahan Rhythmic Choral Speaking

2.2.4 Bengkel MUET (revised format)

Bengkel ini telah diadakan pada 30 Oktober 2019 dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Makmal Bahasa. Ia dikendalikan oleh En. Florence Sebastian, fasilitator jemputan yang juga merupakan pemeriksa MUET dari Kolej Tingkatan, Menggatal. Peserta bengkel terdiri daripada semua pensyarah Bahasa Inggeris termasuk Pn Marlini Zulkifli, pegawai pengurusan yang bertugas di Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, IPGK Kent. Semasa bengkel, fasilitator telah memperkenalkan format MUET yang baharu yang akan mula diguna pakai pada tahun 2021.

Pelajar sedang berlatih ujian Speaking MUET

2.3   Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pengajian Cina

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pengajian Cina sepanjang tahun 2019.

Para pelajar yang mengikuti bengkel MUET bersama pensyarah dan penceramah

2.3.1  Arts Of Chinese Paper Cutting

Arts Of Chinese Paper Cutting merupakan seni tradisional kaum Cina yang dikatakan bermula sejak abad ke-6. Ia adalah satu seni di mana kertas merah digunting menjadi corak-corak yang diingini. Corak kertas merah yang digunting digunakan dalam upacara agama, hiasan dan kesenian. Kini, corak kertas merah tersebut  digunakan sebagai hiasan terutamanya pada hari Tahun Baru Cina dan hari perkahwinan. Sempena  Perayaan Tahun Baru Cina  2019, PISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2015 telah mengelola program Arts Of Chinese Paper Cutting  peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Objektif program ini adalah memberi peluang kepada para guru pelatih mewarisi seni budaya “Arts Of Chinese Paper Cutting ”dan menguasai kemahiran “Arts Of Chinese Paper Cutting” disamping menerapkan nilai-nilai murni terkandung dalam aktiviti kesenian tersebut.  Turut hadir untuk memeriahkan program ini  ialah Tuan Pengarah,En. Romli Bin Darus dan Timbalan Pengarah, En. Doti Asing. 

Hasil Karya “Arts Of Chinese Paper Cutting”


Pemenang Pertandingan   “Arts Of Chinese Paper Cutting”


Pengarah dan Timbalan Pengarah

Menghayati Karya Pemenang Pertandingan


Johan Pertandingan Saudari Wong Xi Yee “Arts Of Chinese Paper Cutting”

 


2.3.2   Perayaan Chap Goh Mei

Perayaan Chap Goh Mei merupakan hari ke-15 sambutan Tahun Baru Cina. Chap Goh Mei  disambut menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Selepas itu semua orang akan memulakan kerja dengan azam baru, penuh kerajinan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup. Chap Goh Mei yang melambangkan perpaduan disambut dengan makan besar-besaran .Pelajar PISMP Kent Tuaran yang datang dari merata tempat tidak berkesempatan meraikan sambutan Chap Goh Mei bersama dengan saudara-mara dan keluarga,sebalik berpeluang meraikan bersama dengan warga Kent. En. Romli Bin Darus, Pengarah IPG Kent dan En. Doti Asing, Timbalan Pengarah IPG Kent, Pn. Linah Bagu Ketua Jabatan Bahasa dan ramai lagi pensyarah telah hadir bersama untuk menyambut Hari Chap Goh mei bersama dengan pelajar PISMP seramai 59 orang dari pelbagai opsyen.

Sambutan Chap Goh Mei 2019 bersama dengan Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pensyarah IPG Kent Tuaran


Tarian Singa memeriahkan lagi Sambutan Chap Goh Mei 2019


 

2.3.3   Sambutan Kuih Bulan

Adalah menjadi budaya pelajar-pelajar PISMP IPGK Kent Tuaran meraikan Sambutan  Kuih Bulan pada setiap tahun.  Pada tahun ini sambutan kuih bulan disambutan pada 14 Oktober 2019. Seramai 90 orang pelajar PISMP pelbagai opsyen telah menyertai sambutan tersebut. Sambutan Kuih Bulan merupakan suatu perayaan kebudayaan yang penting bagi kaum Cina. Pada setiap tahun bulan  Ogos 15hb Kalender Lunar, kaum Cina akan meraikan perayaan ini dengan mengadakan “makan malam reunion”, di mana anak-anak dan  ahli-ahli keluarga yang bertugas di luar akan balik ke kampung halaman untuk meraya bersama-sama. Pada malam tersebut, selain daripada makan malam, upacara menyalakan tanglung dan menikmati kuih bulan serta menghayati keindahan bulan purnama juga diadakan. Dengan adanya perayaan ini, hubungan ahli-ahli  keluarga, saudara mara dan sahabat handai dapat dieratkan di samping mengembangkan warisan kebudayaan kaum Cina. Pelajar-pelajar IPG Kent Tuaran berkesempatan meraikan perayaan kuih bulan bersama dengan warga kent.

En. Doti Asing, Timbalan Pengarah dan Pn. Linah Bagu, Ketua Jabatan Bahasa turut bersama meraihkan Sambutan Kuih Bulan Dalam Keluarga Kent dan Perarakan Tanglung merupakan acara tradisi Sambutan Kuih Bulan

2.4      Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Bahasa Kadazandusun

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Bahasa Kadazandusun sepanjang tahun 2019.


2.4.1   Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera Bahasa Kadazandusun Serantau

Seminar yang  telah menghimpunkan seramai 200 orang peserta dan menampilkan 32 pemakalah dari dalam dan luar negara serta dua Pengucap Utama dalam pelbagai kajian dan pengalaman daripada institusi awam, swasta dan NGO seperti IPG, UPSI, UMS, UitM JPNS, KDCA, USDA, KLF, KSS, PDIS dan SIDMA College di IPG Kent ini bukan sahaja sebagai manifestasi aspirasi visi IPGM iaitu “IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru” tetapi menonjolkan kebitaraan IPGK Kent dalam Bahasa Kadazandusun. Maka, pada 26 September 2019 Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera Kadazandusun Serantau telah berjaya dilaksanakan. 

Majlis Perasmian Seminar oleh DSP Wilfred M. Tangau


AJK Pelaksana Pelajar Makadus 2019


Antara Peserta Seminar


3.0      Penglibatan dan Pencapaian 2019

 

3.1      Penglibatan Pensyarah dalam Pembentangan Kertas Kerja

Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Kent amat digalakkan untuk melibatkan diri dalam melaksanakan kerja-kerja penyelidikan sama ada diperingkat institut, zon, kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa. Berikut merupakan perincian berhubung pembentangan kertas kerja oleh pensyarah Jabatan Bahasa:

3.2      Penglibatan Pensyarah dalam Penerbitan Jurnal/Buku/Modul

4.0      PENUTUP

Pihak Jabatan Bahasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, KUKP, Unit LDP, Unit Teknologi Maklumat, pensyarah-pensyarah, semua kakitangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah bersama-sama mengembling tenaga bagi memastikan kecemerlangan organisasi. Adalah diharapkan agar tradisi kerjasama dan saling lengkap melengkapi dapat diteruskan agar pelaksanaan program dan aktiviti akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Keratan Akhbar


Keratan Akhbar