Aktiviti 1

Setakat ini anda dah pelajari tentang apa itu asas pembelajaran digital secara umum, apa yang anda akan sasarkan sebagai pelajar digital untuk masa hadapan dan siapa yang anda akan cari untuk belajar tentang asas pembelajaran digital.

Satu lagi komponen penting dalam mempelajari digital adalah Teknologi dan Sumber Digital manakah anda boleh gunakan untuk tingkatkan kompetensi anda sebagai pelajar digital.  Anda boleh baca artikel berikut untuk mulakan.

Anda akan ingat proses pembelajaran yang memberi makna kepada anda.  Pada zaman digital ini, teknologi dan sumber digital yang relevan akan menambah keberkesanan pembelajaran.  

Teknologi dan sumber digital yang digunakan sepatutnya membantu anda dalam proses-proses berikut:

Anda sudah biasa gunakan Google Classroom?  Ini adalah satu contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran yang boleh membantu anda tingkatkan kompetensi digital anda.


Master Hyperdocs : Aktiviti Untuk Mencapai Visi

Pensijilan Digital

Salah satu cara lagi adalah dengan mengikuti Open Education Resources (OER) seperti Applied Digital Skills dari Google dan Microsoft Educator Programs dari Microsoft.

Dalam era ini, Penilaian Kendiri dan Pengurusan PdPC Terperibadi adalah penting agar kita terus bersedia untuk masa hadapan.  Penilaian kendiri melalui program-program dalam talian yang boleh memberikan trek kemajuan (progress track) anda melalui lencana digital akan membantu anda menilai kemajuan anda.

Jadi anda perlu uruskan proses PdPC anda melalui Personal Learning Environment (PLE) dan menambah jalinan rangkaian 'guru digital' untuk anda dapatkan ilmu.  Jalinan ini di panggil sebagai Personal Learning Network (PLN).  Sudahkan anda mulakan?

Sumber ilustrasi ini boleh didapatkan di sini.

Jom belajar dengan komuniti global dan dapatkan lencana digital! Kemudian isikan Hyperdocs Program dari IPGKBM sebagai bukti.

Hyperdocs Pentaksiran dan Pengurusan PdPC