PEMBELAJARAN BERMAKNA 1

kenali titik permulaan:

APAKAH DUNIA ANDA SEKARANG?

Anda kini berada dalam era digital yang memerlukan anda sentiasa berubah.  Pengalaman sebagai pelajar yang menghadapi perubahan demi perubahan bermulanya situasi pandemik sedunia pada 2020 membuktikan bahawa manusia perlu bersedia untuk berubah.  Sebagaimana dijangkakan oleh Alvin Toffler dalam bukunya Future Shock (1970)  tentang literasi:

Jadi inilah masanya untuk kita terapkan kemahiran untuk belajar, leraikan pembelajaran dan belajar kembali mengikut zaman dan situasi yang sentiasa berubah supaya kita tidak mengalami kejutan masa hadapan (Future Shock).  Kita perlu belajar kemahiran untuk masa hadapan.

Sebagai persediaan untuk anda menjadi pelajar digital yang bersedia masa hadapan, anda akan mentransformasikan diri anda dengan mempelajari dahulu perkara-perkara yang berkaitan dengan anda seperti berikut:

Siapakah anda? (Anda akan gunakan analisisi SWOT)

Siapakah guru anda?

Apakah proses yang akan anda lalui sebagai pelajar?

Pada akhir 3 aktiviti, anda akan buat perancangan atau sasaran kompetensi melalui vision board.  Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut tentang Apa itu Vision Board pada pautan ini.

Anda boleh pilih yang mana anda ingin pelajari dahulu. Klik pada butang yang disediakan.