SIAPAKAH ANDA?

Analisis SWOT berdasarkan konsep pembelajaran digital

Anda mensasarkan untuk fahami apa itu konsep pembelajaran digital dan bagaimana konsep itu nanti boleh membantu anda untuk mentransformasikan diri anda sehingga anda menjadi pelajar digital yang bersedia masa hadapan.    Jadi baca tentang Konsep Pembelajaran Digital melalui buletin berikut:


Kenali diri anda dengan membuat analisis SWOT.  Kemudian berdasarkan konsep pembelajaran digital yang anda pelajari, kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda.  Anda juga boleh gunakan Digital Competencies Framework 2.0 untuk lihat kekuatan (Strengths) dan kelemahan (Weaknesses) anda.

Kemudian lihat pada cara bagaimana untuk anda dapatkan Peluang (Opportunities) untuk anda tambah baik kekuatan anda atau perbaiki kelemahan anda.  Lihat peluang anda yang disediakan oleh pihak IPGM contohnya dalam Dasar Pembelajaran Digital IPG.   Anda juga boleh lihat secara sepintas lalu, jenis pembelajaran yang akan anda lalui melalui model integrasi teknologi SAMR.

Gunakan Hyperdocs (lembaran aktiviti) berikut untuk mengisi SWOT anda.  Anda boleh sama-sama laksanakan aktiviti ini bersama rakan anda.  Hanya tambahkan slaid dengan membuat salin dan tampal.  Untuk berinteraksi dan menggunakan hyperdocs ini, anda perlu tekan Fail dan "make a copy'.

Hyperdocs 1: Siapakah anda?

Dapatkan maklum balas dari pensyarah anda.  Anda juga boleh berbincang dengan rakan sekelas anda.  Anda boleh bincangkan tentang Kekuatan yang anda ingin tambah baik atau Kelemahan yang anda ingin baiki.  Rujuk pula kepada dasar dan dokumen lain yang berkaitan untuk anda buat kesimpulan tentang Peluang (Opportunities) yang anda boleh dapati dalam kelas anda nanti.  

Anda juga boleh hasilkan Vision Board seperti berikut untuk sasarkan matlamat anda.


Anda boleh pelajari bagaimana menghasilkan Vision Board dengan menggunakan Google Drawing pada laman Applied Digital Skills.  Klik di sini untuk mulakan!