Papan perancangan Mingguan

Minggu 2 - Tajuk 2

Rujuk Papan Perancangan untuk bersedia ke kelas.  Lihat nota agar anda fahami konsep yang anda akan pelajari minggu ini:  Piawaian ISTE dan juga Model Pembelajaran Pelajar (Student Learning Model).

Anda perlu fahami ciri-ciri yang diperlukan untuk terus berjaya sebagai pelajar digital dalam era kini.  Model Pembelajaran Pelajar membolehkan anda menjadi 'co-creator' dan 'co-designer' pada pembelajaran anda.

Minggu 3 - Tajuk 3

Ini adalah papan perancangan Minggu 3.  Anda akan mula membuat nota dalam bentuk sketchnoting.  Anda juga perlu ikuti seorang pakar iaitu Sylvia Duckworth.

Minggu 4 - tajuk 1-3 

Minggu untuk ulangkaji Tajuk 1-3 sebagai pengukuran HPK1.  Anda sepatutnya dapat terangkan Konsep Pembelajaran Digital dan perihalkan Peranan Pelajar serta Guru dalam Era Digital.  Buat satu nota untuk ketiga-tiga tajuk.  Gunakan Google Drawing atau Google Keep.

Minggu 5 - Tajuk 4

Untuk tajuk ini, anda akan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan dengan proses PdPC serta Inovasi dalam PdPC.  Aktiviti-aktiviti ini akan berikan anda pengalaman sebagai pelajar digital yang berkesan dan cekap.

Minggu 6 - Tajuk 4

Sambungan untuk Tajuk 4 adalah untuk Pentaksiran dan Pengurusan PdPC.  Semasa membaca dan menonton video, tanya diri anda bagaimana pentaksiran kendiri dapat membantu anda tingkatkan kompetensi digital anda.  Pengurusan PdPC pula ada untuk tentukan cara terbaik pembelajaran anda melalui teknologi dan sumber digital. 

Minggu 7 - Tajuk 5

Tajuk ini perlukan anda berfikir bagaimana untuk memanfaatkan pengurusan pembelajaran dalam talian untuk tingkatkan kompetensi digital anda terutamaya sebagai warganegara global.

MINGGU 8 & 9 - tAJUK 5

Anda akan pelajari tentang bagaimana untuk memanfaatkan Open Education Resources (OER) untuk tingkatkan kompetensi digital anda .

MINGGU 10 - TAJUK 6

Dalam minggu ini anda akan mula terokai tentang teknologi yang berkaitan dengan teknologi masa hadapan.