Siapakah 'Guru' anda?

Kenal pasti siapa yang anda boleh dapatkan ilmu.

Pada era serba digital ini, anda ada peluang untuk belajar di luar kelas anda.  Anda beruntung kerana melalui penggunaan alat dan teknologi digital, anda boleh MEMILIH GURU yang anda rasa terbaik untuk memberi ilmu kepada anda.  Baca artikel berikut untuk kenali ciri-ciri guru era digital yang anda sepatutnya pilih:

Guru yang anda pilih melalui jalinan dan rangkaian teknologi digital akan memberi kepada anda peluang untuk memanfaatkan digital bagi mencapai pembelajaran bermakna.  Jika anda dapat melalui pengalaman pembelajaran bermakna, anda akan juga dapat membina hubungan sehingga tahap EXTENSION di mana anda  akan dapat gunakan apa yang anda pelajari dalam kursus ini dalam aktiviti harian anda.

Jom kita cari guru yang terbaik untuk anda!  Gunakan Hyperdocs berikut untuk anda libatkan diri dalam aktiviti mencari guru melalui Twitter.

Hyperdocs Peranan Guru Era Digital

Anda dah dapat guru yang anda kehendaki?  Bagus!  Ini adalah salah satu proses ke arah Triple E Framework: Extension.  Apakah kebaikan Framework ini?  Gunakan Hyperdocs berikut untuk membuat REFLEKSI.  Jangan lupa untuk 'Make A Copy'.

Hyperdocs Kelas dengan Model 3E dan 3R

TAHNIAH!

Anda kini telah berjaya pelajari 3 konsep utama dalam Asas Pembelajaran Digital:  Konsep umum, Pelajar era digital dan Guru Era Digital.  Anda boleh teruskan pembelajaran anda ke sasaran seterusnya.