Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah bengga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia” (Al-Qalam:4).
Majlis ini akan diadakan secara atas talian, dan dimuatkan dengan aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan semua guru, murid dan ibu bapa muslim bertepatan dengan temanya pada kali ini iaitu “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, disamping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan berselawat ke atas baginda S.A.W.