PENGENALAN
Pertandingan Seni Khat Siber bermaksud penghasilan satu kaedah penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang indah dan cantik berteraskan kepada formula dan kaedah penulisan yang tertentu menggunakan perantaraan Bahasa Arab.
Pertandingan ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid melalui penghasilan karya seni khat yang mampu mengisi kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif dalam kalangan mereka yang menghayatinya.
SYARAT PERTANDINGAN
Terbuka kepada semua murid Islam Tahun 6.
Menggunakan pen khat atau pensel khat.
Menggunakan KERTAS PUTIH A4 atau A3.
Menggunakan tulisan khat Nasakh atau Riq'ah.
Meniru tulisan teks khat yang disediakan.
TEKS KHAT (SILA TIRU TULISAN KHAT DI BAWAH MENGGUNAKAN KHAT NASAKH ATAU RIQ'AH)
CARA PENGHANTARAN
1. Murid-murid dibenar menulis khat di rumah dengan rakaman video yang menampakkan muka dan hasil kerja khat.
2. Setelah selesai tulisan dan rakaman video, ambil gambar hasil kerja dan sila isi borang penghantaran di bawah.
CONTOH CARA MENULIS KHAT
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
18 September 2022 (Ahad)