e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian bermaksud lantunan bunyi yang merdu membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak badan dengan gaya bersesuaian yang memberi makna dan hubungkait terhadap teras nilai kemanusiaan melalui senikata lagu-lagu berunsur kerohanian. Ianya sebagai salah satu penjelmaan bagi ekspresi idea dan minda dalam pembentukan adab serta nilai bagi semua warganegara Malaysia.
Pertandingan ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid selain meningkatkan keyakinan diri murid melalui persembahan nyanyian lagu kerohanian di mana hiburan yang bermanfaat bukan sahaja dapat mengisi kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif dalam kalangan mereka yang menghayatinya. Genre lagu berunsur kerohanian dilihat sebagai satu bentuk hiburan yang dapat memenuhi kriteria ini. Di samping berhibur, murid-murid dapat mengambil manfaat daripada lirik-lirik lagu yang mengajak kepada perkara positif.
SYARAT- SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6.
Setiap peserta hanya boleh menghantar satu video nyanyian solo lagu kerohanian mengikut kreativiti individu sendiri dengan menepati syariat islam.
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.
Peserta lelaki perlu berbaju kebangsaan yang lengkap; bersamping dan bersongkok hitam.
Peserta perempuan pula perlu berbaju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan. Aksesori tambahan dibenarkan.
Lagu pertandingan yang disediakan oleh sekolah.
Tajuk lagu :
1. SEBENARNYA ( RAIHAN )
2. TANGIS SEBATANG TAMAR ( DAQMIE )
3. HAMBAMU ( IMAM MUDA)
4.PEJUANG AGAMA ( IMAM MUDA 2)
4. Murid perlu menghantar rakaman video sebelum 20 September 2022.