e-PERTANDINGAN DEKLAMASI SYAIR SK PUTRA HEIGHTS 2
(TERBUKA)
Deklamasi Syair bermaksud penghayatan dan pembacaan syair yang membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak badan dengan gaya bersesuaian yang memberi makna dan hubungkait terhadap mesej syair yang dibaca.
Pertandingan Deklamasi Syair ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid melalui kemahiran bersyair disamping elemen tambahan seperti gaya persembahan, intonasi suara, mimik muka, dan mesej yang ingin disampaikan.
SYARAT PENYERTAAN:
Teks disediakan untuk peserta. Peserta perlu memilih SATU teks syair yang telah disediakan di bawah.
Penyertaan terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan.
Peserta dikehendaki menyampaikan sebuah konsep persembahan dalam bentuk video yang jelas dari aspek visual dan audio.
Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung).
Peserta hendaklah memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian.
Masa tidak melebihi 6 minit.
Markah dinilai berdasarkan persembahan, penyampaian dan kreativiti.
Penyertaan terhad kepada satu rakaman sahaja dan perlu dihantar kepada Ustaz Zabidi melalui link dibawah sebelum 20 September 2022 :
TEKS SYAIR 1
ADAB DENGAN IBU BAPA
Ibu dan bapa insan mulia,
Sayangi mereka setiap masa,
Mohonlah restu daripada mereka,
Hidup berkat lagi berjasa.
Taat dan patuh suruhan mereka,
Berlemah lembut rendahkan suara,
Jangan membantah mengherdik mereka,
Hormati kasihilah kedua-duanya.
MURID BOLEH MENJADIKAN VIDEO INI SEBAGAI RUJUKAN BERSYAIR.
TEKS SYAIR 2
NASIHAT AYAH BONDA
Nasihat diberikan untuk anakanda,
Iringan doa ayah dan bonda,
Sematkan semua di dalam dada,
Agar selamat di mana berada.
Di tepi koridor berhati-hati,
Bergurau di tangga bahaya menanti,
Peraturan di padang harus diikuti,
Tiada cedera ceria pasti.
Di kantin dan tandas usahlah leka,
Jika terjatuh kaki terluka,
Kalau hindari tiada berduka,
Guru di sekolah semuanya suka.
MURID BOLEH MENJADIKAN VIDEO INI SEBAGAI RUJUKAN BERSYAIR.