e-PERTANDINGAN DAIE CILIK SK PUTRA HEIGHTS 2
Pertandingan Daie Cilik ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid melalui kepetahan berbicara disamping elemen tambahan seperti gaya persembahan, intonasi suara, memek muka, penjiwaan cerita dan mesej yang ingin disampaikan.
DAIE CILIK (Tahap 2)
SYARAT PENYERTAAN:
Teks disediakan untuk peserta. Peserta perlu memilih SATU teks daie yang telah disediakan di bawah.
Penyertaan terbuka kepada murid lelaki dan perempuan.
Peserta dikehendaki menyampaikan sebuah konsep persembahan dalam bentuk video yang jelas dari aspek visual dan audio.
Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung).
Peserta hendaklah memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri seorang “Daie” (pendakwah) yang bersesuaian.
Masa tidak melebihi 6 minit.
Markah dinilai berdasarkan persembahan, penyampaian dan kreativiti.
Penyertaan terhad kepada satu rakaman sahaja dan perlu dihantar kepada Ustazah Rosliza melalui link dibawah sebelum 20 September 2022:
https://forms.gle/n4dm82vQpeVMr3Bb6
CONTOH CARA PENYAMPAIAN DAIE CILIK
https://www.youtube.com/watch?v=IYD_RNLQa8M&t=214s
https://www.youtube.com/watch?v=dW_4vAWmjX0
https://www.youtube.com/watch?v=TXan0piD_mk
DAIE CILIK (Tahap 1) :
Syarat-syarat pertandingan Daie Cilik Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3):
Terbuka kepada semua murid Islam SK Putra Heights 2.
Penyertaan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Daie Cilik Lelaki dan Daie Cilik Perempuan.
Peserta perlu memilih SATU teks daie yang telah disediakan di bawah dengan gaya penyampaian menarik mengikut kreativiti sendiri.
Masa penyampaian tidak melebihi 6 minit.
Peserta hendaklah memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri seorang “Daie” (pendakwah) yang bersesuaian.
Peserta hendaklah merakam penyampaian di dalam video dan suara yang jelas serta penggunaan tatabahasa yang betul.
Sebanyak 3 pemenang bagi setiap kategori akan dipilih berdasarkan penjurian hakim.
Hantar rakaman ke Telegram USTAZAH MAHMUDA melalui link ini https://t.me/UstazahMahmuda
CONTOH CARA PENYAMPAIAN DAIE CILIK
https://www.youtube.com/watch?v=IYD_RNLQa8M&t=214s
TEKS PILIHAN
Teks 1
BIDANG : SIRAH
FOKUS : NILAI MURNI
TEMA : SIFAT MAHMUDAH
TAJUK : RASULULLAH RAHMAT SEKELIAN ALAM
...............................................................
INTRO:
Buletin Daie
Seorang penganggur menghadapi 2 pertuduhan kerana menghina nabi.
Masyaallah.. Apa nak jadi dengan masyarakat kita pada hari ini? Masih ada yang
ingkar dengan ajaran nabi, suruhan yang dibawa tidak dipatuhi..ish..ish..issh..
Kenapa ia masih berlaku? Bukankan Rasul utusan Ilahi yang membawa risalah
suci?
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillahi rabbil aalamin. Wassolatu wassala....
Rasul Utusan Tuhan Rahmat Sekalian Alam.
Haaa..saya nak tanya satu soalan, boleh?
Siapakah Rasul? Ya..Rasul ialah seorang lelaki utusan Allah membawa Islam,
agama yang suci.
Mulianya rasul insan pilihan, (Syair)
Indah pekerti jadi tauladan
Qatamul Anbiya dalam susunan
Pemberi syafaat insan beriman.
Firman Allah
Maksudnya : Dan tidaklah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad), melainkan untuk
(menjadi) rahmat bagi sekelian alam.
Surah Al Anbiya, ayat 107
Ya..hadirnya Rasullullah bersama cahaya hidayah mengikis kegelapan masyarakat
jahiliyah membawa rahmat sekalian alam.
Bayangkan kawan2
Jika Rasulullah tidak datang mungkin kita akan sembah berhala, mungkin juga kita
akan bunuh anak perempuan hidup-hidup..
Astaghfirullahal aziim..
Lantas, melalui rasul, kita kenal siapa tuhan kita. DatangnyaRrasulullah kita kenal
Islam agama kita. Ajaran Rasulullah mendidik kita berakhlak mulia, membezakan
adat dan syariat beragama.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوْلِ اللّٰهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنْ كَانَ يَرْجُوا اللّٰهَ وَالْيَوْمَ الْاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيْرًاۗ
Maksudnya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu
Surah Al Ahzab ayat 21.
Nabi Muhammad berjuang menggerakkan dakwah (Sajak)
Membangunkan aqidah ummah
Sehinggalah tertegaknya kalimah
Laa Ilaa hailallah..
Lihatlah betapa kasihnya nabi kita kepada umatnya. Walau dicaci, walau dihina nabi
tetap tabah menyampaikan ajaran agama.
Subhanallah hebat sungguh Nabi kita sehingga pengarang Barat, Micheal H. Hart
meletakkan nabi Muhammad sebagai manusia yang paling berpengaruh di dunia.
Justeru, kasihi dan cintailah Rasulullah walau jasad telah tiada, namun ajaran
baginda kekal selamanya
Kawan2 sayang nabi tak?
Jom sama2 kita mengingati Rasulullah..
(masukkan nasyid selawat)
Dengan nur mu Rasulullah
Iman pasti tidak koyak.. Aqidah pasti.. Tidak patah
Sekian..wabillahi taufik walhidayah.. wassalamualaikum w.bt
Teks 2
BIDANG : ADAB DAN AKHLAK
FOKUS : NILAI MURNI
TEMA : SIFAT MAHMUDAH
TAJUK : SAHABAT SEJATI
...............................................................
INTRO:
(lakonan)
Assalamualaikum..Hai Farah..Awak sihat?
Alhamdulillah...Saya doakan farah dan keluarga dalam keadaan sihat hendaknya.
Oklah farah...Assalamualaikum...
Kawan-kawan,
Risau saya apabila ada kawan-kawan yang terkesan akibat pandemik Covid 19.
Sebagai sahabat firdausi, kita perlulah sentiasa bertanya khabar sahabat-sahabat
kita.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
الحمدهلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف أنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين
Pergi kelantan singgah tanah merah
Rakan dirumah dengarkan lah tazkirah.
Setiap daripada kita,pasti ada sahabat yang kita sayangi kan.Seperti Rasulullah
s.aw.menyayangi sahabat-sahabat baginda.Saad bin Abi Waqas diziarahi dalam ketakutan, Salman Al-Farisi dibantu ketika dalam kesusahan manakala Abu Hurairah diberi makanan ketika dalam kelaparan.
Sahabat? Apa itu sahabat kawan-kawan?
(Sajak)
Sahabat seorang yang dikenal rapat.
Disayangi penuh hormat.
Setiap katanya penuh nasihat
Setia membantu membanting kudrat
Sahabat yang baik
Ibarat mentari menyinari hidup
Dikala sunyi
Sahabat yang baik,ibarat awan
Meneduhi ketika dikala kesusahan.
Firman Allah S.wt.t:
وَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْۗ
Maksudnya: Dan Allah yang mempersatukan hati mereka
Surah al-Anfal.Ayat :63
Kawan-kawan,
Mempunyai sahabat yang sejati adalah anugerah daripada Allah s.w.t yang amat
bernilai. Allah yang mempersatukan hati-hati kita untuk saling berkasih sayang kerananya. Oleh itu hargailah dan hormatilah sahabat kita. Sebagaimana persahabatan Rasulullah S.aw. dan Saidina Abu Bakar R.a ketika di Gua Tsur semasa peristiwa Hijrah. Saidina Abu Bakar R.A sanggup menanggung kesakitan ketika digigit ular berbisa demi menjaga keselamatan Rasulullah S.a.w yang sedang tidur
diribanya.
Mengalir air mata Saidina Abu Bakar R.a sehingga menitis ke pipi Rasulullah s.a.w.Baginda terjaga baginda dan terus mengusap bekas gigitan ular berbisa itu dengan ludahnya. Sakit hilang dalam sekelip mata.
Subhanallah..betapa hebatnya kasih sayang mereka bagai isi dengan kuku.
Benarlah Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud:
Tidak sempurna iman di antara kamu sehingga kamu mengasihi saudara yang lain
seperti diri sendiri.
(Pantun)
Adab bersabahat hendaklah diberi
Agar hidup diberkati ilahi
Tolong menolong, nasihat menasihati
Kemanisan iman dapat dirasai.
Kawan-kawan,
Bayangkan nasib sahabat-sahabat seusia kita di bumi Palestin
Mereka ditindas dengan kejamnya..
Mak..ayah...mereka menjerit ketakutan
Air mata mengalir ,darah membasahi bumi
Dimanakah kita di saat mereka kesedihan?
Sebagai sahabat firdausi
Ayuhlah kita mendoakan keselamatan mereka
(Lagu/ nasyid)
Sahabat firdausi
Janganlah kau tangisi
Nasib kalian didunia ini
Allah telah berjanji
Syurga firdausi menanti..
Ingatlah kawan-kawan,
Sahabat itu ibarat bintang
Dia memang tidak selalu terlihat
Tapi dia selalu ada untukmu.
Jom..Jadilah sahabat yang terbaik
وباهلل التوفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Teks 3
BIDANG : ADAB DAN AKHLAK
FOKUS : NILAI MURNI
TEMA : SIFAT MAHMUDAH
TAJUK : SENJATA KAU DAN AKU
...............................................................
INTRO:
Mukmin bersenjata
Mukmin berjaya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Apa khabar semua? Alhamdulillah....semuanya sihat
Hari ini saya akan kongsikan mengenai “Senjata Kau Dan Aku”....Tapi bukan
nak cerita pasal senapang,saya nak kongsi tentang senjata yang semua orang
ada.. Cuba tekaa...Doa!.. Bijak kawan-kawan semua....Doa itulah “Senjata
Kau dan Aku”...
Sahabat-sahabat sekalian,
Suka saya bawakan satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim, عن Abu Hurairah قال
Rasulullah..S.A.W....
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Doa ialah perbuatan hamba memohon sesuatu kepada.. Allah.. Ingat..kalau kita mengharapkan pertolongan jin maka syiriklah jadinya.
Saya yakin dan pasti kita selalu berdoa, tapi sejauhmana kita mengamalkan adab berdoa? Jadi...harini saya nak kongsi satu adab berdoa yang perlu kita amalkan iaitu meyakini Allah memakbulkan doa kita.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ghafir ayat 60
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْٓ اَسْتَجِبْ لَكُمْ ۗاِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ ࣖࣖࣖ
60. Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”
Ini bermakna Allah telah beri jaminan akan memakbulkan setiap permintaan hambaNya yang berdoa kepadaNya...Dengan syarat kita perlu yakin kepada
Allah...
Mentang-mentanglah doa tahun lepas Allah tak kabulkan lagi...kita pun terus tak yakin dengan Allah...dahla tak yakin, kita pun sambil lewa je doa...main order je... Ingatkan food panda ke terus delivery ke rumah? Kita kenalah ada
adab dan usaha...
Ooh jangan kawan-kawan,
Jangan buat lagi,
Jangan malas berdoa,
Kalau rajin doa,
Tapi tak berusaha pun jadi sia-sia,
Doa-doa juga, Usaha-usaha juga,
Haruslah seiring ,
Istimewa siapa yang yakin, Pasti ditunaikan (Lagu)
Haa!! Kita kenalah seiring dengan usaha sebelum kita berdoa kepada Allah...
Cuba kita lihat apa yang berlaku saat ini...Dunia sedang diuji dengan wabak
covid19...Inilah masanya kita gunakan senjata yang kita ada untuk menyakini
kehebatan Allah.....
Sedangkan para nabi yang maksum juga menjadikan doa sebagai senjata terakhir
ketika ditimpa ujian...
Mungkin kita terlupa bagaimana Nabi Yunus‘alaihissalam diuji ketika berada dalam
perut ikan nun... tapi Baginda tidak sedikit pun merintih....
Bayangkan sahabat-sahabat bagaimana Nabi Yunus keseeorangan, berada dalam
kegelapan dan tidak tahu ke mana harus dituju..
Ketika itulah Baginda menggunakan senjata ampuh yang baginda ada.. kerana
apa? Kerana Baginda meyakini hanya Allah yang akan memakbulkan
doanya....Itu para nabi yang maksum.. Kita yang penuh dosa ini cuba sesekali
jentik hati kita...Kenapa kita masih tak yakin Allah akan memakbulkan doa kita?
Sebab itu saya nak ajak kita semua gunakan senjata yang kita ada untuk
memohon keampunan kepada Allah.. dengan mengamalkan doa Nabi Yunus..
Mari saya ajarkan...
Ingat!! Senjata ampuh jadikan pegangan.. Jiwa tenang pasti Allah sayang...
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.