WARISAN SKSG 1826
Klik untuk isi maklumat Keberadaan Guru SKSG 2024
WARISAN SKSG 1826
LOGO SEKOLAH
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
SEJARAH SK SUNGAI GELUGOR 1826
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor yang ditubuhkan pada 1826 merupakan sekolah Melayu yang tertua di Tanah Melayu. Mengikut catatan sejarah dan cerita lisan daripada orang-orang tua bahawa Sekolah Melayu Sungai Gelugor ini telah pun wujud sebelum 1826 lagi. Sekolah ini pada mulanya diuruskan sendiri oleh penduduk Sungai Gelugor sebagai kelas mengaji al-Ouran, belajar Agama Islam dan Pelajaran Jawi. Bagi memastlkan Inggeris mewujudkan sekolah berorientasi Barat berhasil, sekolah vernakular Melayu diuruskan secara bijak dan berhati-hati. Pada peringkat awalnya, dengan konsep menambah pendidikan sekolah Quran yang sedia ada pada ketika itu, sekolah Melayu dibentuk. Pengajaran Bahasa Melayu dan pengajaran al-Quran diajar di sekolah yang dibangunkan oleh Inggeris tetapi secara berasingan. Dalam hal ini terlihat diskriminasi apabila kelas al-Quran diajar pada waktu petang dan elaun hanya diberikan kepada guru Bahasa Melayu. ..Sila klik untuk baca lagi...
Tindakan ini dijalankan oleh A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Seberang Perai sebagai satu program rintis di Pulau Pinang. Pada ketika itu juga, Sekolah Penang Free mengadakan sebuah kelas Bahasa Melayu. Apabila kelas itu ditutup, maka sebuah bangunan telah didirikan di Sungai Gelugor oleh Encik David Brown iaitu seorang Pentadbir Sekolah Penang Free dan tuan punya Ladang Brown. Bangunan sekolah itu didirikan di kawasan ladang getah berhampiran dengan rumah Encik Brown bagi menempatkan anak-anak pekerja ladang beliau. Bangunan tersebut hanya merupakan sebuah bangsal yang berbumbung atap nipah sepanjang sembilan hubungan atap dan berdinding buluh serta berlantaikan papan. Di tengah-tengah bangunan kayu itu terdapat satu ruang yang boleh dilalui oleh kereta kuda yang dinaiki oleh Encik Brown.
Sekolah ini terus berkembang apabila Reverend Beighton memainkan peranannya. Bagi memastikan dasar pendidikan Barat berjaya, beliau telah melantik tiga orang guru diketuai oleh Guru Besar bemama Tuan Munshi Shaikh Mohd Tambi. Beliau merupakan seorang guru dari Sekolah Penang Free. Bilangan murid-murid adalah tidak diketahui tetapi sekolah ini mempunyai empat bilik darjah yang terdiri daripada murid lelaki sahaja iaitu daripada darjah 1 sehingga darjah 4. Apabila tamat darjah 4, murid-murid ini boleh melanjutkan pelajaran mereka ke Sekolah Penang Free.
Pada tahun 1838, Kerajaan Negeri-negeri Selat telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan dijadikan sekolah kerajaan. Sebuah bangunan baharu (Sekolah A) didirikan di kawasan yang ada sekarang. Pada masa itu, hanya murid lelaki sahaja yang belajar dari darjah 1 sehingga 4 dan Guru Besamya ialah Tuan Munshi Shaik Mohd Lebai. Apabila bilangan murid semakin bertambah, sebuah bangunan sekolah di Batu Uban (Sekolah B), Pulau Pinang telah dipindahkan ke kawasan sekolah ini digandingkan dengan Sekolah A dahulu. Pada awal tahun 1920-an, murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan untuk diberi pelajaran jawi dengan menggunakan Sekolah B. Pada tahun 1924, apabila bilangan murid bertambah ramai, maka murid-murid perempuan tidak lagi dapat ditempatkan dibangunan Sekolah B, maka sebuah bangunan baharu (Sekolah C) telah didirikan berasingan dari kawasan sekolah dengan sewa tapaknya dari Ladang Brown. Bangunan ini merupakan bangunan atap yang menempatkan seramai 34 orang pelajar perempuan. Sekolah perempuan ini ditadbirkan oleh dua orang guru, iaitu Mak Mah sebagai Guru Besar, manakala Mak Salmah sebagai guru penolongnya. ltulah panggilan bagi guru pada ketika itu mengikut panggilan harian di kampung.
Menjelang tahun 1930, bilangan pelajar semakin meningkat, oleh itu, sebuah bangunan baru (Sekolah D) telah didirikan di dalam kawasan sekolah tersebut yang mengandungi dua tingkat dan lapan bilik darjah (sekarang bangunan warisan). Sekolah A, B dan C dimusnahkan. Sebuah rumah guru didirikan atas tapak bekas bangunan Sekolah A dahulu. Pada 18 Disember 1941 , sekolah ini terpaksa ditutup kerana perang dunia kedua meletus dengan pendaratan askar Jepun di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, sekolah ini dibuka semula pada 26 Apnl 1942, semasa pemerintahan Jepun dengan murid seramai 285 dan lapan orang guru di bawah kelolaan Guru Besamya Encik Omar Haji Nasaruddin.
Apabila Jepun menyerah kalah kepada pihak Berikat pada tahun 1945, sekolah ini terpaksa ditutup sekali lagi. Namun begitu, sekolah ini dibuka semula pada 1 Oktober 1945 dengan kehadiran 174 orang murid di bawah jagaan lima orang guru. Guru Besarnya ialah Encik Abdullah bin Yahaya. Pada tahun 1975, sebuah bangunan tambahan dibina dan perasmiannya disempurnakan Oleh Datuk Abul Rahman Hj. Arshad, Tmbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 5 November 1976. Bangunan dua tingkat berharga $187,000.00 itu mempunyai lapan buah bilik darjah, bilik guru, serta tandas guru dan murid.
Peranan Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor sebagai salah sebuah sekolah vemakular yang mampu mengangkat martabat pendidikan anak-anak Melayu daripada awal penubuhannya tidak boleh dipertikaikan. Kini, ia bukan sahaja menjadi wadah pendidikan bagi anak-anak Melayu malah mendidik pelbagai kaum Iain di kawasan sekitar Gelugor. Bermula sejarahnya daripada tahun 1826 sehingga tahun 2016, sekolah ini telah mencecah umur 190 tahun. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor menjadi satu kebanggaan dan merupakan warisan sejarah pendidikan di Malaysia yang tidak ternifai untuk masa kini dan selamanya.
Gambar Tahun 90an
Gambar Tahun 2000
Gambar Tahun 2015