SK SUNGAI GELUGOR
JALAN SULTAN AZLAN SHAH
PULAU PINANG
SEKOLAH MELAYU TERTUA DI MALAYSIA 1826
Klik untuk isi maklumat Keberadaan Guru SKSG 2024
SK SUNGAI GELUGOR
JALAN SULTAN AZLAN SHAH
PULAU PINANG
SEKOLAH MELAYU TERTUA DI MALAYSIA 1826
ISMA SHARNI BINTI MOHAMAD SAAD
GURU BESAR
SK SUNGAI GELUGOR
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah kurniaNya diberi ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan amanat dalam Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor.
Kita sedia maklum bahawa pendidikan kini sedang melalui satu transformasi penting. Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Kita sedia maklum dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu di gembeleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar. Sebagai pentadbir, saya berazam menyahut Kementerian Pelajaran bergandingan tangan untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Saya yakin dan berdoa dengan memiliki kumpulan guru dan staf yang berdaya saing akan tercapai hasrat murni kerajaan untuk merealisasikan negara maju. Klik untuk baca lagi
Signifikannya pendidikan sekarang merupakan pelaburan masa hadapan negara. Justeru itu kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21. Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas berubah. Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek. Pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan kita.
Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur. Kerjasama dan komitmen dari semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan. Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang cukup berkualiti tinggi.
Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan pengorbanan warga pendidik semua dalam menggalas amanah mulia mendidik anak bangsa. Tahniah dan syabas atas kejayaan yang dilakarkan sepanjang tahun 2024.
Sekian, terima kasih.
PROFIL GURU BESAR
PROFIL PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PROFIL PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PROFIL PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PROFIL PENYELARAS PPKI
Barisan Pentadbir SKSG 2024
Profil Sekolah
VIDEO AKTIVITI SK SUNGAI GELUGOR
Video Takbir Hari Raya Aidilfitri 2024
Video Klip Hari Raya Aidilfitri 2023
Video Korporat SKSG
Video Montaj Laman Minda Sihat
Video Alaman Terbaik Pra Sekolah
Video PISF MakerLab SKSG
Johan Bola Sepak MSSP Peringkat Zon 2024
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024
SK SUNGAI GELUGOR
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Telefon : 04-6566624
Fax : 04-6530534
Email : pba1009@moe.edu.my
Laman Web :
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/SkSgGelugor