Klik untuk isi maklumat Keberadaan Guru SKSG 2024
SELAMAT DATANG KE LAMAN KURIKULUM
WAN MOHD AZAM BIN WAN MUHAMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SK SUNGAI GELUGOR
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah kurniaNya diberi ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan amanat dalam Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor.
Era kini menyaksiakan era digitalisasi sedang menguasai bidang pendidikan yang telah memberikan banyak impak dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Perubahan ini menyaksiakan peralihan terhadap penggunaan ‘Artificial Intelligence’ (AI) yang mana ledakan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa kita beralih kepada dunia digital dalam segenap aspek kehidupan. Di Malaysia, kerajaan telah melancarkan ‘Dasar Pendidikan Digital’ sebagai langkah dan usaha dalam melahirkan masyarakat yang fasih digital.
Oleh itu Unit Kurikulum SK Sungai Gelugor perlu bergerak pantas dalam memastikan proses pengajaran bergerak seiring selari dengan perubahan yang sedang berlaku kini.Walaubagaimanapun warga SKSG perlu menerima perubahan ini dengan baik demi memastikan proses pengajaran berjalan dengan berkesan.
Unit kurikulum juga sedang giat merangka dan melaksanakan program khas mengikut situasi dan keperluan murid dalam memastikan murid dapat mengakses sumber pembelajaran dengan lebih berkesan.Kaedah pengajaran juga perlu disesuaikan dengan kemahiran pelbagai murid supaya pengajaran guru dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Akhir kata unit kurikulum sangat komited dalam meningkatkan akses dan sumber pembelajaran murid dalam setiap aspek dalam memastikan proses pembelajaran murid bukan hanya berlaku semasa berada dalam bilik darjah malahan proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan diluar lingkaran waktu pembelajaran dalam kelas. Sekian , Terima Kasih.