Klik untuk isi maklumat Keberadaan Guru SKSG 2024
SELAMAT DATANG KE LAMAN HEM
AHMAD SHAHIR BIN JAAFAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK SUNGAI GELUGOR
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah kurniaNya diberi ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan amanat dalam Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor.
Kita sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil serius tentang disiplin murid sejak akhir-akhir ini. Kes keciciran murid serta kehadiran murid yang rendah di sekolah-sekolah di Malaysia sangat membimbangkan dan perlu ditangani dengan lebih bijak. Kes-kes disiplin yang juga amat ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah kes buli dan gangguan seksual.
Oleh itu, unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sungai Gelugor berganding bahu dengan unit kaunseling akan memastikan anak-anak SK Sungai Gelugor sentiasa bersemangat untuk datang ke sekolah serta sentiasa dalam keadaan berdisiplin tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
Bunga semalu si bunga dedap,
Ditiup angin terbang melekat;
Sebelum ilmu hendaklah adab,
Barulah hidup menjadi berkat.