Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pada tahun 2024, murid-murid SK Sungai Gelugor akan terus cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai pertandingan telah disediakan untuk penyertaan secara maksimum. Tahniah dan syabas seluruh warga SKSG.
THE CHAMPIONS OF SuGeS