PENERANGAN
MyGov*Net merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunications Network) yang diuruskan secara terpusat oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Infrastruktur rangkaian yang selamat ini disediakan bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital, sama ada aplikasi dalaman Kerajaan atau capaian ke Internet. Perkhidmatan MyGov*Net adalah khusus untuk pengguna Kerajaan di Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.
Putrajaya Campus Network (PCN) merupakan perkhidmatan rangkaian kampus persendirian Kerajaan yang khusus dan selamat bagi agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya. Skop perkhidmatan yang ditawarkan adalah rangkaian berwayar, rangkaian tanpa wayar, perkhidmatan keselamatan dan perkhidmatan Metro-E.
Skop perkhidmatan MyGov*Net dibahagikan kepada dua iaitu Perkhidmatan Utama atau Main Services dan Perkhidmatan Pilihan atau Optional Services.
Sumber Portal MyGovNet
PERKHIDMATAN
Jalur Lebar (Bandwith) Rangkaian di JAS
JAS Ibu Pejabat : Jalur Lebar Rangkaian di JAS Ibu Pejabat ialah sehingga 1GBps.
JAS Negeri/ Cawangan : Jalur Lebar Rangkaian di JAS Negeri/ Cawangan bermula 10MBps sehingga 100MBps.
🔗Senarai Jalur Lebar dan Pakej JAS Negeri & Cawangan
Maklumat Pakej : Portal MyGov*Net
MyGov*Net Service Assurance Management System (SAMS)
Merupakan sistem pemantauan yang menyediakan maklumat berkaitan penggunaan talian, laporan bulanan serta status terkini tiket aduan perkhidmatan MyGov*Net.
Sistem ini boleh diakses oleh Pentadbir Rangkaian, JAS Ibu Pejabat sahaja
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
Sebarang urusan rasmi sila emelkan ke uorpd@doe.gov.my