PENERANGAN
Garis Panduan ini bertujuan menjelaskan dasar berkaitan pengagihan komputer peribadi, komputer riba, pencetak bagi memastikan semua aset ICT diagihkan dengan cekap dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) sentiasa komited untuk memastikan sumber ICT dapat disediakan dan digunakan secara optimum bagi menyokong automasi pejabat selaras dengan inisiatif pendigitalan Kerajaan.
Garis Panduan ini terpakai untuk semua Warga Jabatan Alam Sekitar.
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
Sebarang urusan rasmi sila emelkan ke uorpd@doe.gov.my