PENERANGAN
Untuk makluman YBhg. Dato’/ Ts./ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan, Mesyuarat JPICT JAS Bilangan 3 Tahun 2025 pada 21 Ogos 2025 (seperti di Lampiran) telah meluluskan pindaan kandungan Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan Alam Sekitar versi 2.0. Pelaksanaan PKS versi 2.0 ini adalah selaras dengan perubahan piawaian keselamatan maklumat terkini iaitu ISO/IEC 27001:2022, yang menekankan kawalan keselamatan siber yang lebih komprehensif, bersepadu dan sesuai dengan cabaran semasa dalam landskap digital.
Sehubungan itu, warga JAS, pembekal dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan JAS DIWAJIBKAN memahami serta mematuhi Polisi Keselamatan Siber (PKS) versi 2.0. Berkuatkuasanya PKS versi 2.0 ini, PKS versi 1.0 bertarikh 19 Disember 2022 adalah dimansuhkan.
Pautan Polisi Keselamatan Siber
POLISI KESELAMATAN SIBER
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
Sebarang urusan rasmi sila emelkan ke uorpd@doe.gov.my