Pekeliling ini bertujuan untuk menjadi rujukan pelaksanaan Rangkaian dan Sistem ICT Penilaian Tahap Keselamatan (PTK ICT) yang memerlukan perhatian dan tindakan sewajarnya oleh Agensi Sektor Awam.
Garis panduan tersebut disediakan kepada organisasi sektor awam sebagai rujukan untuk melaksanakan pengurusan risiko keselamatan maklumat.
Pekeliling ini memperkenalkan prosedur untuk mengurus dan mengendalikan insiden keselamatan siber di sektor awam.
Notis ini berkenaan keperluan untuk melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat menggunakan mana-mana kaedah yang sesuai.
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2021 | Dasar Pekhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
Pekeliling ini bertujuan menjelaskan dasar berhubung penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada Agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 | Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat melalui pengkomputeran awan (cloud computing) dalam perkhidmatan awam
Garis panduan ini bertujuan sebagai rujukan kepada agensi sektor awam mengenai pengurusan keselamatan perlindungan berhubung perkara rasmi dan rahsia rasmi Kerajaan dalam persekitaran pengkomputeran awan.
Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2017
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan Kerajaan mengenai Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (1Gov*Net) bagi memperkukuhkan sistem rangkaian perkhidmatan kerajaan.
Sebarang urusan rasmi sila emelkan ke uorpd@doe.gov.my