Kolaborasi Strategik Memacu Pendidikan Digital Berkesan
Siri Webinar ini adalah hasil kolaborasi di antara Awantec bersama KPM melalui kerjasama dan penglibatan Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) terpilih yang telah diadakan pada Tahun 2024. Siri ini amat berguna sebagai satu lagi medium perkongsian ilmu dan refresher bagi guru lain di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah masing-masing.
Webinar #1:
Melancarkan Komunikasi dan Memudahkan Kolaborasi dengan
Google Workspace for Education.
Cikgu Puspa Sankaran
Sekolah: SJKT Ladang, Sungai Plentong
Webinar #1: Melancarkan Komunikasi dan Memudahkan Kolaborasi dengan Google Workspace for Education telah diadakan secara dalam talian pada 3 Jun 2025 (Selasa). Disampaikan oleh Cikgu Puspa Sankaran dari SJKT Ladang Sungai Plentong, webinar ini mendedahkan peserta kepada pelbagai ciri Google Workspace seperti Google Docs, Sheets, Slides, Gmail, Google Chat, dan Google Meet untuk penyuntingan masa nyata serta komunikasi efektif. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru dalam menguruskan aliran kerja digital, memudahkan interaksi antara pendidik dan pelajar, dan menyokong persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan kolaboratif. Impaknya, peserta kini lebih yakin menggunakan Google Workspace untuk komunikasi dan kolaborasi yang produktif, menyumbang kepada transformasi pendidikan digital.
Webinar #2:
Memperhebat Pengurusan Bilik Darjah dengan
Google Workspace for Education.
Webinar #2: Memperhebat Pengurusan Bilik Darjah dengan Google Workspace for Education (GWS) telah diadakan secara dalam talian pada 4 Jun 2025 (Rabu). Disampaikan oleh Cikgu Lai Sheng Chet dari SJKC Lai Chee, program ini mendedahkan strategi dan alatan GWS untuk pengurusan bilik darjah yang lebih efisien. Antara fokus utama adalah merangkumi penggunaan Google Classroom untuk tugasan dan komunikasi berpusat, Google Forms untuk kuiz pantas, dan Google Calendar untuk penjadualan aktiviti. Peserta turut diajar cara mengoptimumkan Google Drive dan memantau kemajuan murid. Impaknya, guru kini lebih mahir mengintegrasikan GWS bagi persekitaran bilik darjah yang dinamik, cekap, dan interaktif.
Cikgu Lai Sheng Chet
Sekolah: SJKC Lai Chee
Webinar #3:
Memperkasakan Pembelajaran & Meningkatkan Produktiviti
Google Workspace for Education
Cikgu Siti Rehana binti Isnin
Sekolah: SMK Iskandar Shah
Webinar #3: Memperkasakan Pembelajaran & Meningkatkan Produktiviti dengan Google Workspace for Education telah diadakan secara dalam talian pada 5 Jun 2025 (Khamis). Dikendalikan oleh Cikgu Siti Rehana Binti Isnin dari SMK Iskandar Shah, sesi ini memfokuskan kepada penggunaan aplikasi Google Workspace untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan kecekapan peribadi. Antara topik utama termasuk penggunaan Google Sites untuk portfolio atau laman web pembelajaran interaktif, serta Google Keep untuk pengurusan nota dan tugasan yang efisien. Peserta turut didedahkan dengan pelbagai tips dan trik untuk mengoptimumkan carian, penggunaan templat, dan integrasi aplikasi bagi aliran kerja yang lebih lancar. Impaknya, pendidik kini dilengkapi kemahiran untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan meningkatkan produktiviti harian.
Pelaksanaan Sesi Webinar Akan Datang
(*Perubahan masa adalah tertakluk kepada situasi semasa.)
Tahun 1
(09 Julai 2024 - 08 Julai 2025)
Webinar Siri 1 : 3 Jun 2025 (Selesai)
Webinar Siri 2 : 4 Jun 2025 (Selesai)
Webinar Siri 3 : 5 Jun 2025 (Selesai)
Tahun 2
(09 Julai 2025 - 08 Julai 2026)
Webinar Siri 4 : 27 Julai 2026
Webinar Siri 5 : 28 Julai 2026
Webinar Siri 6 : 29 Julai 2026
Webinar Siri 7 : 30 Julai 2026
Tahun 3
(09 Julai 2026 - 08 Julai 2027)
Webinar Siri 8 : 24 Mei 2027
Webinar Siri 9 : 25 Mei 2027
Webinar Siri 10 : 26 Mei 2027
Webinar Siri 11 : 27 Mei 2027
Webinar Siri 12 : 28 Mei 2027