Google Master Trainer Program (GMTP) merupakan program pembangunan profesional yang bertujuan untuk menyediakan latihan serta pensijilan kepada guru-guru KPM di Malaysia. Melalui program ini, Pihak Google sebagai rakan strategik Pihak Awantec akan menyerahkan sejumlah baucar kepada Pasukan Pengurusan Perubahan Awantec selaku urus setia program. Sejumlah 5,000 baucar akan diberikan kepada tenaga pengajar yang layak setiap tahun sepanjang kontrak. Secara keseluruhan, jumlah baucar bagi tiga (3) tahun pelaksanaan projek adalah sebanyak 15,000 baucar. Setiap baucar yang diberikan hanya sah dalam tempoh enam (6) bulan. Pihak Awantec akan bekerjasama dengan setiap PIC yang dilantik oleh KPM untuk melaksanakan pembahagian baucar kepada setiap negeri. Pelancaran program ini akan dijalankan setiap tahun secara hibrid kerana pelantikan GPGD akan diadakan setiap tahun. Untuk melaksanakan program ini, Awantec bekerjasama bersama pasukan BSTP dan BPM. Segala komunikasi akan dikeluarkan oleh BSTP dan BPM kepada PIC Negeri/ Bahagian/ Agensi yang dilantik.
Prosedur Agihan Baucar
Hubungi Pegawai SSTP Negeri untuk Menyertai Program Ini