Menyerlahkan Inovasi
Menunjukkan ciri lanjutan Google Gemini yang menangani cabaran pendidikan semasa.
Mempamerkan Aplikasi
Menjelaskan penggunaan aplikasi ini dalam pembangunan kurikulum, penglibatan pelajar dan membuat keputusan berasaskan data.
Memudahkan Pembelajaran
Menawarkan bengkel interaktif untuk pegawai pendidikan merasai bagaimana AI dan alatan kolaboratif boleh meningkatkan bahan pengajaran dan kecekapan pentadbiran.
Mempromosikan Rangkaian:
Mencipta peluang untuk peserta bertukar pandangan, membincangkan cara terbaik dan meneroka perkongsian untuk melaksanakan teknologi dalam pendidikan.
Meningkatkan Kerjasama:
Sebagai salah satu langkah awalan meningkatkan Adoption, Jerayawara ini dijadikan satu wadah bagi meningkatkan kerjasama dan perkongsian pintar melalui pelbagai aktiviti dimana pihak KPM dapat diberikan pendedahan kepada kepakaran yang ada di Google khususnya berkaitan AI development di bidang pendidikan.
Jerayawara #1: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM)
Zon Tengah
Jerayawara #1 telah dilaksanakan pada 11 November 2024 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada guru-guru di seluruh Malaysia berkenaan Google Workspace for Education. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara fizikal di Le Meridien Putrajaya seramai 58 peserta dari KPM. Siri jerayawara pertama ini adalah terhad kepada penglibatan para guru sekitar lembah klang sahaja. Wakil-wakil yang hadir terdiri daripada BPM, BSTP dan juga GPGD. Jerayawara siri seterusnya akan meliputi Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur serta Zon Sabah dan Zon Sarawak.
Jerayawara #2: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM)
Zon Selatan
Jerayawara #2: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM) Zon Selatan telah berjaya dilaksanakan pada 27 Mei 2025 (Selasa) di Hotel Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para pendidik mengenai Google Workspace for Education.
Siri jerayawara kedua bagi tahun ini telah menyaksikan penglibatan seramai 43 orang peserta dari KPM, terdiri daripada wakil GPGD dari negeri Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Kehadiran wakil-wakil utama ini menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasa kemahiran digital guru-guru di Zon Selatan.
Sepanjang program, peserta berpeluang menyertai sesi perkongsian inovatif dan bengkel interaktif yang berfokus kepada penggunaan efektif Google Workspace for Education dalam konteks pembelajaran dan pengajaran. Program ini merupakan langkah penting dalam usaha KPM untuk memastikan warga pendidik dilengkapi dengan kemahiran digital terkini, selaras dengan aspirasi transformasi digital pendidikan negara.
Jerayawara #3: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM)
Zon Utara
Meneruskan siri jelajah transformasi digital, Jerayawara Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM) Zon Utara telah berjaya dilaksanakan pada 18 Jun 2025 (Rabu). Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang, program ini meneruskan objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mendalam mengenai Google Workspace for Education dalam kalangan para pendidik.
Siri jerayawara ini telah mengumpulkan seramai 40 orang peserta, terdiri daripada GPGD dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Penglibatan aktif GPGD dari keempat-empat negeri ini menyerlahkan komitmen KPM dalam usaha berterusan untuk memperkasa kemahiran digital guru-guru di seluruh negara. Sepanjang program, peserta bukan sahaja terlibat secara aktif dalam sesi perkongsian inovatif dan bengkel praktikal yang berfokus kepada aplikasi efektif Google Workspace for Education dalam bilik darjah, malah turut berperanan sebagai ejen perubahan digital. Kejayaan jerayawara Zon Utara ini merupakan penanda aras penting dalam memacu inovasi pendidikan digital dan memastikan semua warga pendidik dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran terkini.
Jerayawara #4: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM)
Zon Timur
Sebagai kesinambungan usaha memperkasa pendidikan digital, Jerawawara Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM) Zon Timur telah berjaya dilaksanakan pada 16 Julai 2025. Bertempat di Bilik Duyong, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Terengganu, program ini meneruskan objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mendalam mengenai Google Workspace for Education dalam kalangan para pendidik.
Siri jerayawara ini telah mengumpulkan seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada GPGD dari negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Kehadiran GPGD dari tiga negeri ini adalah bukti komitmen berterusan KPM untuk memperkasa kemahiran digital guru-guru di seluruh negara. Sepanjang program, para peserta terlibat secara aktif dalam sesi perkongsian inovatif dan bengkel praktikal yang berfokus kepada aplikasi efektif Google Workspace for Education dalam bilik darjah. Kejayaan penganjuran jerayawara ini di Zon Timur menjadi penanda aras penting dalam usaha berterusan KPM untuk memacu inovasi pendidikan digital dan memastikan semua warga pendidik dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran terkini.
Jerayawara #5: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM)
Zon Sarawak
Meneruskan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkasakan kemahiran digital para pendidik, siri jelajah transformasi digital, Jerayawara Edu Summit, telah berlangsung di Sektor Sumber Pendidikan Sarawak (SSTP) di Kota Samarahan pada 12 September 2025.
Program kali ini menyaksikan penyertaan aktif seramai 40 orang GPGD dari seluruh Sarawak. Seperti siri jelajah sebelumnya, para peserta terlibat secara mendalam dalam sesi perkongsian inovatif dan bengkel praktikal yang berfokuskan kepada penggunaan berkesan Google Workspace for Education.
Kejayaan jerayawara Zon Sarawak ini adalah bukti usaha berterusan KPM dalam memastikan setiap pendidik dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini, sekali gus memacu inovasi digital dalam sistem pendidikan negara.
Jerayawara #6: Edu Summit Kementerian Pendidikan (KPM)
Zon Sabah | WP Labuan
Dengan tujuan berterusan untuk memperkasa pendidikan digital, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan Jerayawara Edu Summit bagi Zon Sabah & WP Labuan. Program ini berjaya dilaksanakan pada 6 Oktober 2025 dan bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) WP Labuan. Objektif utamanya kekal untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang Google Workspace for Education kepada para pendidik.
Seramai 33 orang peserta telah mengambil bahagian dalam siri jerayawara ini, yang terdiri daripada GPGD dari Negeri Sabah dan WP Labuan. Penglibatan GPGD dari kedua-dua wilayah ini membuktikan komitmen berterusan KPM dalam meningkatkan keupayaan kemahiran digital guru-guru di seluruh negara.
Sepanjang acara, para peserta terlibat aktif dalam bengkel praktikal dan sesi perkongsian mengenai inovasi yang menumpukan kepada cara-cara efektif untuk mengaplikasikan Google Workspace for Education di dalam bilik darjah. Kejayaan penganjuran jerayawara di Zon Sabah & WP Labuan ini merupakan satu penanda aras penting bagi usaha KPM untuk mendorong inovasi pendidikan digital, memastikan semua pendidik dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini.
Team Building Kementerian Pendidikan Malaysia
Program Edu Awareness: Team Building Kementerian Pendidikan telah berjaya dilaksanakan pada 17 - 19 April 2025 di Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak. Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada BPM, BSTP, SSTP, dan GPGD dari seluruh Malaysia.
Aktiviti bertujuan untuk memperkukuh semangat kerjasama, meningkatkan komunikasi dan membina sinergi dalam kalangan warga kerja KPM. Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan cabaran menarik yang diadakan di lokasi yang menyeronokkan, program ini telah memupuk persefahaman dan motivasi. Maklum balas daripada peserta amat menggalakkan dengan ramai yang menyatakan program ini telah meningkatkan keyakinan diri, mengukuhkan kemahiran kerja berpasukan dan memberi inspirasi untuk lebih komited dalam pekerjaan. Ini adalah penting dalam memacu agenda pendidikan negara, terutamanya dalam aspek transformasi digital yang memerlukan usaha kolaboratif yang jitu. Kejayaan program ini menjadi asas kukuh bagi kolaborasi yang lebih padu dalam pelaksanaan inisiatif digital KPM pada masa hadapan.
Edu Awareness Workshop, Kementerian Pendidikan (KPM)
Program Edu Awareness Workshop, KPM telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 26 April 2026 di Ombak Villa, Langkawi. Bengkel ini menghimpunkan 24 orang pegawai KPM untuk meneroka potensi teknologi dalam transformasi pendidikan digital.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi Tech Updates eksklusif daripada wakil pasukan Google Malaysia, Puan Raja Nazatul Akhma Binti Raja Fuaddin, yang mendedahkan peserta kepada inovasi terkini bagi menyokong ekosistem digital KPM.
Fokus aktiviti adalah kepada aspek teknikal dan praktikal melalui sesi Basic App Creation menggunakan alatan kecerdasan buatan (AI). Para peserta bukan sahaja diuji dengan cabaran produktiviti dan kolaborasi, malah turut mendalami elemen komunikasi serta pengurusan masa yang kritikal dalam era digital. Slot tersebut diperkukuhkan lagi dengan perkongsian ilmu daripada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) sebelum diakhiri dengan sesi AI Instruction Lab pada sebelah petang bagi memantapkan kemahiran prompting para peserta.
Selain itu, perkongsian daripada rakan strategik Awantec mengenai peranan Agent AI dalam memudahkan urusan pentadbiran dan pembelajaran.