Program Google Untuk Guru
Inovasi Kemahiran Digital Melalui Platform Rasmi Google
Inovasi Kemahiran Digital Melalui Platform Rasmi Google
Laman sesawang Program Pengurusan Perubahan KPM ini adalah bertujuan khusus bagi memberikan ruang perkongsian segala maklumat, berita, perkembangan semasa dan acara akan datang yang melibatkan Projek Google Workspace (GWS) di antara KPM dan Awantec System Sdn Bhd bersama guru-guru. Laman ini terbahagi kepada beberapa segmen iaitu:
Terokai dan aplikasikan kemahiran digital sambil mengumpul lencana digital
Rakaman dan ulasan siri webinar yang telah berlangsung
Perkongsian acara jerayawara yang telah diadakan serta makluman siri-siri jerayawara akan datang
Pautan siri Hebahan (Tips and Tricks) GWS yang telah diedarkan sepanjang tempoh kontrak berlangsung
Pautan siri eBuletin yang telah dihasilkan sebagai rujukan
Memberikan makluman berkaitan pelaksanaan Google Master Trainer Program (GMTP) yang telah dan akan berlangsung sepanjang tempoh kontrak
Laman ini merupakan platform yang memaparkan aktiviti/ program Google di bawah Kementerian Pendidikan.
Kementerian Pendidikan melaksanakan Perolehan Langganan Google Workspace For Education Plus bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tempoh 36 bulan bermula dari 9 Julai 2024 hingga 8 Julai 2027.
Hubungi kami:
Laporkan sebarang isu dengan mengimbas kod QR di bawah atau melawati pautan yang disediakan.
https://forms.gle/KwecmxCoxcokX8eQA