e-Buletin merupakan surat khabar atau buletin digital yang biasanya diedarkan secara elektronik, kebiasaannya melalui e-mel atau platform dalam talian. e-Buletin akan merangkumi pelaporan bagi semua aktiviti yang telah berlangsung dan akan berlangsung sepanjang tempoh projek. Sebanyak 12 siri ebuletin akan disediakan dan dimuatnaik di dalam laman ini selain sebaran melalui medium lain. Melalui ruangan ini, koleksi ebuletin akan di arkibkan dengan tujuan sebagai rakaman Journey projek ini dan juga merupakan sebahagian daripada Benefit Realisation dan bukti perjalanan projek di mana pencapaian dan rakaman moments penting bagi projek GWS dapat dilihat dan dibaca secara langsung. eBuletin in juga boleh dimuat turun (download) untuk pelbagai tujuan pengguna GWS KPM.
e-Buletin Edisi 1 ini diedarkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran semua warga KPM dalam penggunaan perkhidmatan Google Workspace (GWS) for Education.
Di antara program-program yang telah dijalankan adalah:
Jerayawara #1: Edu Summit Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2024 - Zon Tengah; dan
Program Google Master Trainer Program dan DELIMa Certified Training Program (GMTP - DCTP).
Di dalam e-Buletin kali ini, juga memaparkan maklumat berkenaan dengan kelebihan beberapa fungsi yang terkandung dalam GWS. Fungsi yang diperkenalkan dalam e-Buletin pada kali ini adalah pengaktifan fungsi meeting records semasa menghantar jemputan melalui Google Calendar. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah turut memastikan semua peserta mesyuarat yang dijemput mempunyai akses yang mudah kepada rakaman mesyuarat selepas ia selesai.
e-Buletin Edisi 2 ini diedarkan bertujuan untuk berkongsi maklumat bertujuan untuk memaklumkan kepada warga pendidik dan pihak berkepentingan mengenai inisiatif dan program berkaitan pendigitalan dalam pendidikan yang dianjurkan oleh KPM dalam penggunaan perkhidmatan Google Workspace (GWS) for Education.
Di antara program-program yang telah dijalankan adalah:
Edu Awareness: Team building Kementerian Pendidikan (KPM);
Jerayawara #2: Edu Summit Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2025 - Zon Selatan;
Jerayawara #3: Edu Summit Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2025 - Zon Utara;
Jerayawara #4: Edu Summit Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2025 - Zon Timur;
Webinar #1: Melancarkan komunikasi dan memudahkan kolaborasi dengan GWS;
Webinar #2: Memperhebat pengurusan bilik darjah dengan GWS;
Webinar #3: Memperkasakan pembelajaran dan meningkatkan produktiviti dengan GWS; dan
Aplikasi Kemahiran Digital (AKD).
Secara ringkasnya, e-buletin ini menunjukkan komitmen padu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memacu transformasi digital dalam sektor pendidikan. KPM secara aktif menganjurkan pelbagai program latihan seperti jerayawara dan webinar untuk melengkapkan para pendidik dengan kemahiran digital yang relevan, terutamanya dalam ekosistem Google Workspace for Education. Pada masa yang sama, KPM juga sentiasa mengemas kini maklumat mengenai teknologi pendidikan terkini seperti penggunaan AI dalam platform pembelajaran.
e-Buletin Edisi 3 ini menekankan kepentingan transformasi digital bukan sekadar penggunaan gajet, tetapi sebagai anjakan paradigma dalam pengurusan, pengajaran, dan pembelajaran (PdP) yang mampan, selamat, dan inklusif.
Di antara kandungan eBuletin ini adalah:
Jerayawara Edu Summit: Siri jelajah di Zon Sarawak dan Zon Sabah & WP Labuan;
Transformasi Digital GWS: Sesi Focus Group di Awantec untuk merangka strategi pengurusan perubahan dan latihan teknik bagi memastikan adaptasi GWS yang berkesan;
Housekeeping Data: Aktiviti penyelarasan ID DELIMa untuk membersihkan akaun yang tidak aktif atau bertindih bagi meningkatkan keselamatan data dan kecekapan storan;
Aplikasi Kemahiran Digital (AKD) DELIMa: Program untuk pelajar mendapatkan lencana digital melalui kursus seperti Google Workspace, Be Internet Awesome, dan kemahiran digital asas;
Inspirasi Digital: Ikon Guru yang menampilkan Cikgu Siti Ainulmursyida Shamsuddin, Guru Pendidikan Khas (SMK Orkid Desa) yang menggunakan pelbagai platform digital; dan
Etika Penggunaan AI yang menggariskan panduan etika penggunaan AI (seperti Gemini) dalam pendidikan.
e-Buletin Edisi 4 kali ini membawakan sorotan penting mengenai usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkukuh ekosistem digital. Fokus kali ini diberikan kepada pengisian kandungan yang berkualiti tinggi serta jalinan kolaborasi strategik demi memacu pendidikan masa hadapan yang dinamik. Kandungan eBuletin adalah seperti berikut:
Edu Awareness Workshop: Meneroka potensi teknologi dalam transformasi pendidikan digital dalam kalangan pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Menyusun Naratif Digital: Memacu Kualiti Kandungan Masa Hadapan
Siri Webinar: Kolaborasi KPM, GPGD, dan Awantec
Inspirasi Digital: Temu bual khas bersama Cikgu Lau Chia Wei dari SJKC Wu Teck, seorang ikon pendidik yang berjaya mengintegrasikan VR, AR, dan AI dalam PdP serta pengurusan data sekolah. Beliau membuktikan bahawa inovasi digital mampu mencipta impak yang nyata dan luar biasa.
Eksplorasi Teknologi (Tahukah Anda?): Segmen istimewa “Bina ‘Gems’ (Tutur AI) Anda Sendiri!” sebagai panduan praktikal buat warga pendidik. Melalui pengenalan kepada teknologi Gems dalam ekosistem Gemini, guru-guru kini berupaya mencipta pembantu digital (Custom AI) yang khusus untuk membantu urusan PdP, pengurusan data, mahupun bimbingan murid secara lebih personal dan efisien.
Arkib eBuletin GSEfE
Program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Webinar: Meningkatkan Kemahiran Guru Menggunakan Google Workspace
Video Competition - Guru Inspirasi Kreatif
Bengkel Perkongsian Ilmu G Suite Enterprise For Education (GSEfE) - Zon Tengah
Program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Tips & Tricks
Membangunkan Google Sites
Sportlight
Program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Alternatif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam
Webinar: Fungsi-fungsi baharu dalam Google Workspace
Cool stuff
Program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Jerayawara: Google Workspace for Education Updates
Webinar: Guru Kreatif Dan Inovatif: Pembinaan Google Sites Untuk Mengajar & Berkongsi Maklumat
Webinar: Unlocking the Magical Potential of Google Sheets & Drive to Thrive: Mastering Google Drive Management.
Highlight: Program Yang Telah Dilaksanakan Majlis Pelancaran Aplikasi Kemahiran Digital
Spotlight: Kelebihan Google untuk Pengunaan Google Drive ketika Offline