Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Hobi Osman adalah melancong dan menjalani sukan ektrem di sekitar Malaysia. Setiap bulan, Osman akan berkayak di pelbagai sungai yang berbeza bersama rakan-rakannya.
Osman sedar bahawa hobinya itu agak merisikokan.
Selepas salah seorang rakan sukan ektrem Osman meninggal akibat lemas di sungai, Osman bercadang untuk melakukan sesuatu untuk memastikan kesejahteraan dirinya, ibunya dan adiknya yang masih di bangku sekolah dan bergantung harap pada Osman untuk pebelanjaan bulanan.
Disebabkan kerisauan yang mengganggu fikiran Osman, Osman akhirnya berjumpa dengan sahabatnya Naim, yang merupakan ejen Takaful.
Pakej ini memberi pulangan wang sebanyak RM150,000 jika 3 perkara di atas terjadi. Namun jika Osman dihospitalkan kerana sakit biasa, Osman perlu menampung pembayaran itu sendiri.
Osman perlu tambah komitmen sebanyak RM200 setiap bulan untuk pakej ini.
Pakej ini memastikan Osman tidak perlu membayar apa-apa jumlah wang jika Osman dimasukkan ke dalam hospital disebabkan sakit.Pakej ini boleh membantu Osman untuk tidak membebankan ibu dan adiknya jika Osman jatuh sakit. Osman perlu tambah komitmen sebanyak RM100 setiap bulan untuk pakej ini.